Kembalikan tangan kiri suami saya, rayu R.Bakiam, 66, isteri kepada mendiang K. Lathmana, 60, yang dipercayai dibunuh dengan kejam di Lenggong pada 5 Mei lalu.
R. Bakiam berkata tangan suaminya itu dipercayai ditetak dan dibawa lari oleh dua suspek di hadapan sebuah kedai makan dekat Kota Tampan dalam kejadian berkenaan.
Menurut beliau, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya mengambil tindakan terhadap dua suspek itu secara adil dan telus serta membantu mereka mencari tangan kiri mendiang.
Ini kerana dakwanya difahamkan kedua-dua suspek berkenaan sebelum ini telah ditahan namun dibebaskan tanpa sebarang tindakan lanjut dan kini menganggu keluarganya.
Bakiam yang diwakili ADUN Buntong A. Sivasubramaniam Ditemui di pekarangan ibu pejabat polis daerah Ipoh bagi melakukan laporan polis mengenai gangguan berkenaan pada Khamis.
“Pihak polis berjanji akan mendapatkan kembali separuh tangan kiri yang dilarikan oleh suspek semasa pembunuhan tetapi sehingga kini tangan kiri si mati masih tidak dipulangkan.
“Isteri si mati juga mengadu bahawa tidak dapat tidur lena disebabkan pengebumian suaminya tidak sempurna memandangkan ketiadaan penuh anggota badan si mati, keluarga ini juga memohon penyiasatan rapi dijalankan semula,” kata Sivasubramaniam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi memberitahu kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 19 Mei lalu di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berdasarkan keterangan yang diperolehi.
Katanya lagi, pihak polis juga telah berusaha mengesan tangan kiri mangsa yang dicampak ke dalam Sungai Ulu Kenas oleh suspek namun gagal menemuinya ekoran hujan lebat serta air sungai yang deras ketika kejadian.
Beliau menegaskan pihaknya telah menjalankan siasatan yang telus serta adil berkenaan kes berkenaan dan memberi amaran supaya sivasubramaniam tidak menangguk di air keruh dengan mendakwa pihaknya bersekongkol dengan suspek.
Astro Awani
Thu Jun 01 2017

Kembalikan tangan kiri suami saya, rayu R. Bakiam, 66, isteri kepada mendiang K. Lathmana, 60 yang dipercayai dibunuh dengan kejam di Lenggong pada 5 Mei lalu. - Foto Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan
Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dikatakan kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
Keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP.

DAP pecat Norhizam Hassan Baktee
Lembaga Disiplin DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Tiga Adun itu ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, Adun Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Adun Buntong (DAP), A.Sivasubramaniam.

Bukan dibuli tapi dilakukan sendiri
Polis menerima laporan daripada ahli keluarganya dan siasatan mendapati dakwaan remaja berusia 15 tahun itu tidak benar.

'Pulangkan tangan suami saya' - Balu
Rayu R. Bakiam, 66, isteri kepada mendiang K. Lathmana, 60, yang dipercayai dibunuh dengan kejam di Lenggong pada 5 Mei lalu.