Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menambah baik mutu perkhidmatan, termasuk perkhidmatan secara online, dan memberi tindak balas kepada isu yang berlaku selaras dengan teguran yang diberikan oleh semua pihak terhadap badan itu.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan memastikan bahawa apa jua isu yang dihadapi akan ditangani dengan baik kerana PTPTN mempunyai komitmen yang sangat tinggi dalam mencapai sasaran.
Beliau berkata yang penting penerima pembiayaan PTPTN perlu sentiasa berhubungan dengan pihaknya agar segala isu berbangkit boleh dirunding dan diselesaikan.
"PTPTN mempunyai matlamat untuk mencapai jumlah kutipan balik serta memastikan bahawa dalam kita mengejar sasaran, pada masa yang sama servis kita kepada pelajar dan rakyat juga mesti diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini pada Jumaat.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran agar PTPTN tidak menganiaya peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman namun tindakan perlu diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman pembiayaan.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata PTPTN menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM5 bilion bagi membantu kira-kira 200,000 pelajar baharu selain pelajar sedia ada di institusi pengajian tinggi.
Ditanya mengenai terdapat pihak yang mendakwa mereka telah disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) kerana gagal membayar balik pinjaman PTPTN, beliau berkata CCRIS adalah sistem rujukan kredit Bank Negara dan menjadi amalan biasa kepada mana-mana institusi kewangan di negara ini.
"Kepada peminjam PTPTN yang mempunyai rekod bayaran yang baik, ia tidak akan ada masalah cuma ia menjadi masalah kepada mereka yang mempunyai rekod bayaran tertunggak," jelasnya.
Bernama
Fri Sep 30 2016
![PTPTN komited perbaiki perkhidmatan dan tangani isu pembiaya PTPTN komited perbaiki perkhidmatan dan tangani isu pembiaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455590334_ptptn.jpg)
PTPTN menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM5 bilion bagi membantu kira-kira 200,000 pelajar baharu selain pelajar sedia ada di institusi pengajian tinggi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669262520_JohariAbdul.jpg)
Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari
Ia merupakan mesej yang jelas bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN untuk membentuk sebuah kerajaan.
![Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658069194_TBMASLAN.jpg)
Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.
![Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663219794_IsmailSabriYaakob.jpg)
Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri
Sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi, kata Ismail Sabri.
![Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650182844_AnnuarMusaMatSen.jpg)
Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.
![Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649518010_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650032793_PerhimpunanAgungUM.jpg)
Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis
Ia juga menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemimpin berkenaan.
![Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650033500_anSriAnnuarMusa.jpg)
Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kelebihan kepada parti.
![MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15 MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647699053_TBPAUDAY.jpg)
MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
![MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623737821_pas.jpg)
MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam
Menurut seorang pegamal undang-undang, Rizal Abdullah dalam menjalankan fungsi sebagai caretaker, MT UMNO juga tidak boleh membuat sebarang keputusan yang mengubah dasar parti.
![UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616906845_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.