Persatuan Sastera Lisan Malaysia (PSLM) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2021 melalui sesi dalam talian. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, dan pendaftaran rasmi pada tahun 2017, PLSM telah berjaya menyatukan mereka yang mempunyai minat yang mendalam melestarikan legenda, puisi dan bentuk cerita rakyat Malaysia melalui pelbagai seminar dan kolaborasi dengan Persatuan Serantau Folklor di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara Asia Tenggara.
Sejak awal lagi, Sasterawan Negara, Prof Emeritus Muhammad Salleh menerajui PSLM. Pada AGM tahun ini, beliau membuka sesi, dengan berkata: “Konsep masyarakat yang ideal, setara, penyayang dan lestari terletak pada cerita rakyatnya dan di sini disematkan pemikiran, jiwa dan kebijaksanaan rakyat.
"Oleh itu, sangat penting untuk kita memeliharanya. Peribahasa pula adalah mutiara pemikiran setiap suku dan di Malaysia dikatakan ada lebih 100 suku/bahasa yang wajib dipelihara. Setiap suku ini mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah cerita dan puisi/peribahasa. PSLM akan mengumpul sebanyak mungkin cerita-cerita ini untuk dibukukan sebagai satu antologi yang lengkap pada tahun hadapan.”
Selama beberapa tahun, Prof Emeritus Muhammad bergabung dengan Prof Teti Pudentia dari Asosiasi Tradisi Lisan Indonesia (dan Kementerian Kebudayaan kedua-dua negara) untuk memastikan bahawa Pantun diberi pengiktirafan sewajarnya oleh UNESCO.
Oleh itu, pantun berjaya dimasukkan dalam senarai Wakil Pertubuhan Pendidikan, Ilmiah dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori Warisan Budaya Tidak Berwujud Kemanusiaan, melalui pencalonan multinasional dari Malaysia dan Indonesia pada tahun 2020.
Untuk tahun 2022, PSLM akan menerbitkan Antologi Sastera Lisan Malaysia serta menganjurkan Persidangan Antarabangsa Folklor. Aktiviti bulanan merangkumi Wacana Ilmu, Bercerita di Perpustakaan dan Forum Wilayah. Buletin setiap suku tahun akan dikongsi dengan semua ahli. AGM 2021 menyaksikan Jawatankuasa Umum 2021/2022 yang baru dipilih seperti berikut:
1. Presiden : Prof Emeritus Muhammad Hj Salleh
2. Timbalan Presiden : Puan Ninot Aziz
3. Setiausaha : Puan Saripah Banseng
4. Timb. Setiausaha : Dr Nur Faaizah Md Adam
5. Bendahari : Dr Minah Sintian
6. Timb. Bendahari : Dr Rohayati Junaidi
7. Zon Utara : Puan Jamilah Hani Isa
8. Wakil Zon : Dr Nasirin Abdillah (Zon Pantai Timur)
DayangKuMastura (Zon Sabah & Sarawak)
Dr Ani Omar (Zon Tengah)
9. Keahlian antarabangsa : Dr Makmur Ibnu Harun (Indonesia)
PSLM menerima ahli baru yang terdiri daripada rakyat Malaysia, berumur 21 tahun ke atas. Mereka yang ingin menjadi ahli Persatuan Sastera Lisan Malaysia, boleh menghubungi Dr Minah Sintian di talian 012 548 6705.
Kenyataan Media
Mon Sep 06 2021

Kata Prof Emeritus Muhammad Salleh, PSLM menerima ahli baru yang terdiri daripada rakyat Malaysia, berumur 21 tahun ke atas. - Facebook/Muhammad Haji Salleh

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PSLM ingin budaya kesusasteraan tradisional jadi tunggak identiti Malaysia
Sejak penubuhannya, PLSM telah berjaya menyatukan mereka yang mempunyai minat yang mendalam melestarikan legenda, puisi dan bentuk cerita rakyat Malaysia melalui pelbagai seminar.