KUALA LUMPUR: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai bidang kuasa masing-masing bagi mengelak implikasi yang boleh mencabar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehubungan itu, semua pegawai pemerintah dan petugas perlu cakna dan memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta lain yang berkaitan.
"Menghampiri PRU15 juga saya telah keluarkan arahan pada 14 September mengenai usaha pemantapan amalan kesantunan berbahasa dalam penyampaian perkhidmatan PDRM yang perlu diberi perhatian.
"Pegawai polis perlu bijak mengawal emosi dan tutur kata selain mengekalkan profesionalisme pada tahap tertinggi sepanjang bertugas terutamanya apabila berdepan situasi provokasi," katanya sewaktu menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bulan September di Bukit Aman, di sini hari ini.
Acryl Sani berkata polis juga perlu telus menangani isu berkait mana-mana parti politik agar PDRM terus dilihat sebagai sebuah institusi kepolisan yang profesional.
"Untuk makluman saya juga telah melantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali sebagai Pengarah Operasi Polis bagi PRU15 dan semoga semua elemen di bawah KDNKA selaku jabatan pengoperasian dengan aset dan keanggotaan terbesar dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.
Beliau berharap PDRM akan menggunakan secara optimum jentera pasukan dengan perancangan strategik bagi memastikan situasi PRU15 nanti aman selain pada masa sama dapat menjalankan tugas hakiki iaitu mengekalkan keselamatan negara dengan baik.
Mengenai bencana alam seperti banjir, Acryl Sani berkata beliau telah mengarahkan semua ibu pejabat polis baik di peringkat kontinjen mahupun daerah untuk bersiap-sedia, meliputi anggota dan aset yang boleh digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.
"PDRM perlu ambil iktibar banjir besar yang melanda negara Disember tahun lepas yang telah menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menghadapi krisis. Belajar dan tambah baik dari sudut mana yang perlu agar respons PDRM dalam berhadapan bencana pada masa hadapan lebih efektif dan dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Acryl Sani berkata semua pegawai pemerintah dan petugas perlu cakna dan memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta lain yang berkaitan. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.