Mahmoud Al Sammouni, yang berusia 15 tahun, berdiri di depan Kedutaan Amerika Syarikat, sekutu Tel Aviv, dan menggesa Israel menghentikan keganasan tenteranya di Gaza yang dilaporkan meragut nyawa
100 penduduk di wilayah yang terkepung itu.
Di bawah pengawasan mata pengawal keselamatan kedutaan itu, Mahmoud menjadi tumpuan apabila wartawan, jurugambar dan jurukamera berasak-asak untuk mendekatinya di luar bangunan yang terletak di Jalan Tun Razak yang sibuk di pusat bandar Kuala Lumpur.
Mahmoud, seorang daripada 11 saksi rakyat Palestin pada prosiding Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur berkaitan Palestin yang sedang berlangsung, membawa sepanduk berbunyi, 'Kenapa anda biarkan perkara yang sama berlaku lagi di Gaza?'
Bercakap menerusi seorang jurubahasa, beliau berkata "Saya ingin menggesa tentera Israel berhenti menindas penduduk Gaza terutama kanak-kanak.
"Saya berharap orang akan mendengar suara saya dan Malaysia boleh membantu menghentikan keganasan tentera Israel."
Mahmoud telah memberi keterangan bapanya ditembak walaupun mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri semasa serangan Israel. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
"Saya telah kehilangan ramai anggota keluarga di tangan Israel namun saya akan berjuang sehingga kami mencapai kemenangan, dan saya berdoa Tuhan akan membantu kita," kata remaja itu yang menyelempangkan sehelai skaf Palestin di bahunya.
Beliau diiringi wakil Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).
Terdahulu, Presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Tabung Kecemasan Gaza, menggesa rakyat Malaysia terus memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada penduduk Gaza yang sedang ditindas Israel.
Bernama
Wed Nov 21 2012
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
WHO dakwa Israel halang pakar perubatan memasuki Gaza
WHO dakwa Israel halang pakar perubatan memasuki Gaza
Agensi PBB nafi laporan kakitangan terbunuh bersama Yahya Sinwar di Gaza
UNRWA menafikan dakwaan yang tersebar di Israel dan media sosial bahawa seorang kakitangan agensi itu terbunuh bersama pemimpin Hamas Yahya Sinwar di Semenanjung Gaza.
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
Israel dakwa kemungkinan Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar terbunuh
Tentera Israel pada Khamis memberitahu bahawa pihaknya sedang memeriksa sama ada Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar antara tiga pemimpin kumpulan itu yang terbunuh dalam serangan di Semenanjung Gaza.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
Situasi hospital di utara Gaza genting - Pengarah hospital
Dr Hussam Abu Safia menyeru agar laluan selamat dibuka segera untuk menyelamatkan pesakit di sana.
UK gesa Israel benarkan bantuan masuk ke Gaza
Israel harus memastikan keselamatan penduduk awam dan membuka laluan untuk membolehkan bantuan kecemasan disalurkan.
Mesir seru tindakan 'segera dan tegas' untuk hentikan serangan Israel ke atas Gaza
Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty membuat seruan itu dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Sepanyol, Jose Manuel Albares.
Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin
Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese mengecam tindakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.