"Setakat ini, identitinya tidak dapat disahkan," kata mereka dalam satu kenyataan.
Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi daripada Hamas.
Al-Majd, laman web berkaitan Hamas, menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat tentang Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel, yang bertujuan untuk mematahkan semangat mereka.
Jika benar, kematian Sinwar akan menjadi satu lagi rentetan pembunuhan berprofil tinggi oleh tentera Zionis dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Ia berkata bukti visual menunjukkan kemungkinan salah seorang lelaki itu adalah Sinwar dan ujian DNA sedang dijalankan.