KUALA LUMPUR: Prosiding menghina mahkamah terhadap bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada seorang anggota polis dan mempersoalkan sistem mahkamah dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan didengar 3 Ogos ini.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam K. Balaguru yang mewakili Lokman memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu prosiding itu diteruskan selepas dinasihatkan supaya tidak membuat permohonan maaf atas perkara yang tidak dilakukannya.
"Kejadian itu berlaku di galeri awam dan tidak mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung ketika itu," kata peguam itu yang turut memaklumkan anak guamnya telah membuat surat berhubung permohonan maaf kepada mahkamah, Isnin lepas.
Hakim Sequerah yang merujuk surat permohonan maaf yang ditulis oleh Lokman bagaimanapun berkata: "Kita tidak boleh membenarkan orang awam datang ke mahkamah dan buat peraturan sesuka hati ketika kes sedang berjalan dan mencabar polis melakukan kerjanya. Apa urusan dia (Lokman) di mahkamah, dia bukan wartawan mahkamah dan bukan peguam pemerhati.
Hakim itu turut menolak permohonan Lokman supaya prosiding itu didengar di hadapan hakim lain kerana kejadian itu berlaku di mahkamahnya dan beliau berhak mendengar kes itu.
"Sekiranya kes itu didengar di hadapan hakim lain, ia juga membabitkan isu yang sama, jadi saya berhak untuk mendengar kes ini," kata hakim itu.
Terdahulu, Balaguru memohon supaya prosiding itu didengar di hadapan hakim lain kerana ia hanya bersandarkan kepada dengar cakap 'hear say'.
"Anak guam saya tidak memanggil anggota polis mahkamah itu 'bodoh' seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengendalikan kes Ahmad Zahid kepada mahkamah pada 30 Jun lalu, sebaliknya menyatakan prosedur operasi standard (SOP) mahkamah 'bodoh' kerana bersikap tidak adil kepadanya.
"Anggota polis itu memberitahu perlakuan anak guam saya kepada penolong kanan pendaftar yang kemudian memberitahu perkara itu kepada Raja Rozela sebelum dimaklumkan kepada mahkamah," kata peguam itu dan menambah kejadian itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu sebelum mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Lokman.
Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, yang membantu mahkamah dalam prosiding itu, membantah permohonan peguam supaya hakim lain mendengar kes itu kerana kejadian tersebut berlaku di hadapan Hakim Sequerah dan beliau berhak mendengarnya.
"Isu menghina mahkamah ini bukan melibatkan penggunaan telefon, sebaliknya melibatkan kehormatan sistem kehakiman yang ketika itu prosiding perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah. Apabila masuk di sesuatu tempat, ada peraturan yang perlu diikuti supaya prosiding berjalan lancar dan apabila seseorang itu tidak mengikut peraturan, ia dikira sebagai menghina mahkamah," kata Izalina.
Dalam pada itu, Balaguru berkata beliau akan memfailkan notis sapina kepada Raja Rozela minggu depan untuk menyoal balasnya di mahkamah, namun ia dibantah oleh Izalina atas alasan sudah memadai dengan memanggil polis mahkamah itu bagi memberikan keterangan.
Hakim Sequerah kemudian berkata peguam itu boleh memfailkan notis sapina terhadap Raja Rozela.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022

Prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan didengar 3 Ogos ini. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah - Peguam
Pelakon, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Mahkamah Persekutuan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Lokman Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu 1MDB.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

Prosiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac
Mahkamah mengarahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Februari ini.

Hukuman terhadap Stampa bukti kesungguhan kerajaan pertahan kedaulatan negara - Peguam
Syed Iskandar berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil.

Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.

Kes tukar agama: Bapa 3 anak didenda hina mahkamah
Seorang bapa yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina mahkamah.

Hina mahkamah jika buat tuduhan terhadap keputusan empat hakim
Semua pihak sepatutnya berlapang dada menerima keputusan berkenaan dan perlu memandang ke hadapan.