KLANG: Jenazah COVID-19 di Selangor tidak perlu melalui proses tayamum sekiranya memberi risiko jangkitan kepada pihak yang melakukan proses berkenaan, kata Mufti Selangor Datuk Anhar Ophir.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu, dan telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Ogos.
"Sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) di bahagian forensik mengatakan ada risiko untuk mandikan jenazah secara fizikal dan tayamum, maka tidak perlu lagi untuk ditayamumkan di atas beg jenazah itu. Hanya perlu dikafankan, disolatkan dan dikebumikan," katanya.
Beliau berkata, gugur kewajipan untuk memandikan atau tayamum jenazah tersebut sekiranya KKM berpandangan bahawa ia boleh memberi risiko, namun keputusan risiko itu adalah ditentukan oleh setiap jabatan forensik, di hospital masing-masing di Selangor.
"Sekiranya pihak hospital berkata ada risiko jangkitan untuk mandikan secara fizikal biasa, tayamum pun ada risiko itu maka gugur kewajipan, maknanya tidak perlu untuk ditayamumkan di atas beg jenazah," katanya kepada media selepas Majlis Serahan Set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) Pengurusan Jenazah COVID-19 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah hari ini.
Dalam majlis tersebut, beliau menyaksikan penyerahan sumbangan 7,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM385,000, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan M Yusop kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, bagi kegunaan petugas-petugas pengurusan jenazah COVID-19 di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
![Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629020486_pengurusanjenazah.jpg)
"Sekiranya KKM di bahagian forensik mengatakan ada risiko untuk mandikan jenazah secara fizikal dan tayamum, maka tidak perlu lagi untuk ditayamumkan di atas beg jenazah itu," kata Mufti Selangor. - Bernama
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
![Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’ Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734837212_TBNoorkhiriah.jpg)
Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.
![Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732500360_SolatJenazah.jpg)
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
![Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671208483_HospitalSungaiBuloh.jpg)
Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerima satu panggilan awam daripada Hospital Sungai Buloh pada 12 tengah malam memaklumkan kejadian itu.
![Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724949745_TBkebumi.jpg)
Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu
Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa selamat dikebumi pada 10.55 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan.
![Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724085609_JenazahIstiqomah.jpg)
Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas
Jenazah guru Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas di sini pada 11.50 malam tadi.
![Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722826065_ahlikeluargaMuham.jpg)
Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini
Jenazah Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah yang maut dalam letupan sebuah kapal di perairan Samalaju selamat dikebumikan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716556679_tbkebumi.jpg)
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
![Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716038246_JenazahKonstabel.jpg)
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
![Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711872799_MegatKhashusaini.jpg)
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.