BALIK PULAU: Keputusan Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) memberi kelegaan kepada para nelayan di negeri itu.
Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail berkata, keputusan yang memihak kepada para nelayan itu disifatkan sebagai kejayaan besar buat mereka yang selama ini membantah keras projek tersebut.
Zakaria berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila dapat terus mencari rezeki di laut tanpa gangguan mana-mana pihak.
"Saya rasa sebak, hiba dan gembira dengan keputusan itu yang telah memihak kepada kami nelayan. Saya bukan hanya mewakili nelayan unit Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul dan Permatang Tepi Laut, tetapi amnya seluruh nelayan Pulau Pinang dan juga Kedah dan sebahagian lagi nelayan Perak.
"Jadi kami amat berbesar hati di mana kami boleh lagi memukat dan mendapatkan hasil laut di kawasan ini tanpa gangguan oleh mana-mana pihak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, dia bimbang sekiranya projek tambakan laut diteruskan, nelayan khususnya di kawasan selatan akan mengalami nasib sama seperti nelayan di Tanjung Tokong dan Gurney Drive hasil daripada projek tambakan laut.
"Cuba kita bayangkan di kawasan Gurney Drive, saya telah survey di sana, sudah berapa tahun projek itu bermula, tetapi apa hasil yang dapat, hasilnya nelayan terpinggir. Mereka tiada hasil sekarang, mereka duduk di sana satu tempat yang terceruk, jauh daripada pembangunan, itukah yang dinamakan pembangunan seimbang," dakwanya.
BACA: Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman
BACA: Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang
Seorang lagi nelayan, Wayam Irawan Ishak, berkata, kawasan tangkapan ikan di selatan Pulau Pinang ibarat lubuk emas buat mereka apabila mampu memperoleh hasil lumayan setiap hari.
"Saya rasa bersyukur alhamdulillah terima kasih kepada ketua unit yang mempertahankan nasib nelayan-nelayan ini… kira bagi saya saya rasa bangga dan berharap benda tu tak akan berlaku lagi," katanya.
Semalam, Lembaga Rayuan JAS memutuskan untuk mengetepikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan.
Keputusan itu dibuat tiga anggota Lembaga Rayuan JAS iaitu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayub; pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mazlin Mokhtar dan Prof Madya Ramdzani Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan yang diperoleh pada 25 Jun 2019 adalah terbatal dan tidak lagi sah.
Notis rayuan berkenaan difailkan kepada Lembaga Rayuan JAS oleh Zakaria pada 29 Julai 2019 di bawah seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974).
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 09 2021
![Projek tambak laut PSR: Nelayan Pulau Pinang lega kelulusan EIA terbatal Projek tambak laut PSR: Nelayan Pulau Pinang lega kelulusan EIA terbatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631197008_Projektambaklaut.jpg)
Bot nelayan memasuki muara sungai menuju ke Jeti Nelayan Permatang Damar Laut berhampiran dengan lokasi cadangan projek tambakan laut di PSR. - Gambar fail/ Bernama
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
![Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739362992_mesintebu.jpg)
Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.
![Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729327848_YeohSoonHin.jpg)
Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.
![1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam 1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738421133_HinduThaipusam.jpg)
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
![Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738417338_bukitbendera.jpg)
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
![Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738313831_HamzahAhmad.jpg)
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
![P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738236037_CCTV.jpg)
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
![TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738148578_TBnegeriutara.jpg)
TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.
![Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736609488_TBSazaleeAdam.jpg)
Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.
![Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735559386_KeretaTerbakarPDR.jpg)
Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.