Sekumpulan saintis sedang mencuba untuk membuat pemetaan seluruh permukaan laut dalam usaha merungkai misteri lokasi penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Mereka berhasrat untuk menggunakan teknologi tercanggih untuk menjelajah setiap pelosok lautan di dunia menjelang tahun 2030, menurut laporan New York Post baru-baru ini.
Selain mencari bangkai-bangkai pesawat dan kapal yang hilang, saintis dalam projek 'Seabed 2030' ini juga berharap untuk membuat penemuan baharu seperti gunung-gunung yang tersorok di dasar lautan yang boleh membahayakan pergerakan kapal-kapal selam.
Menurut salah seorang ahli kumpulan Seabed 2030, Geoffroy Lamarche, "Jika anda pergi ke lautan dalam (deep sea), anda sebenarnya boleh terlepas seluruh gunung."
Seperti mana yang kita ketahui, 71 peratus permukaan Bumi diliputi air. Namun setakat ini, hanya 18 peratus sahaja lantai lautan berjaya dipetakan.
Ini bermaksud kita mengetahui lebih tentang landskap planet lain daripada kedalaman lautan di bumi sendiri.
Projek Seabed 2030 itu turut berhasrat untuk mengemas kini sistem peta yang sedia ada.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), peta yang komprehensif mampu membantu di dalam meningkatkan usaha global bagi memerangi pencemaran dan meramal bencana alam seperti tsunami.
Ia juga boleh membantu dalam operasi mencari dan menyelamat, jika ada tragedi seakan MH370 berulang.
Pasukan Seabed 2030 menyatakan bahawa mereka akan meminta bantuan nelayan, saintis dan syarikat pengangkutan laut bagi menjayakan projek ini.
Nickyson Nyambar
Thu Mar 07 2019
![Projek 'Seabed 2030' usaha pemetaan seluruh lautan Bumi Projek 'Seabed 2030' usaha pemetaan seluruh lautan Bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551842826_SeaBed.jpg)
Laporan New York Post mengenai projek Seabed 2030.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah' Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718935650_IntanMaizura.jpg)
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
![Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718800706_MHthreeseventy.jpg)
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
![MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715323256_AnthonyLoke.jpg)
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
![Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370 Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714804562_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
![Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709539035_950x600.jpg)
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
![PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370 PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710546029_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
![Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708512417_TBFAHMI.jpg)
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/41448178252_950x600.jpg)
Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian
Sedekad sudah berlalu sejak tragedi MH370 dan misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu terus mencengkam dunia.
![Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709891197_TBMASHUPORANG.jpg)
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
![10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370 - Azharuddin 10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709800005_AzharuddinAbdulRah.jpg)
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.