SHAH ALAM: “Tiada apa yang berubah”. Itulah jawapan keluarga mangsa tragedi MH370, Intan Maizura Othaman, 44, berhubung dakwaan terdapat penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Isteri kepada pramugara, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan itu berkata, sudah 10 tahun berlalu, walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
“Kami telah menangani perkara ini untuk seketika sekarang dan ia tidak menjadi lebih baik,” katanya.
Media pada Rabu melaporkan, penyelidik Britain mendedahkan bahawa isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
Bagaimanapun Intan Maizura berkata, dia berasa pelik apabila terdapat pihak mula membuat dakwaan tersebut tanpa sebarang bukti.
“Mereka mengatakan bahawa selepas 10 tahun, hidrofon mengambil isyarat. Saya tertanya-tanya sama ada pengesan ini sangat canggih atau Boeing 777 berteknologi tinggi sehingga masih boleh menghantar isyarat.
“Sedangkan apa yang saya tahu pemancar yang dipasang pada ekor Boeing 777 sepatutnya diaktifkan apabila berlaku kesan Gforce dan menghantar isyarat sebaik sahaja pesawat itu terhempas.
“Malangnya, isyarat tersebut tidak bertahan selama 10 tahun dan itupun jika pesawat benar-benar terhempas,” ujarnya.
Menurutnya, amat penting untuk mengesahkan tuntutan dengan bukti bagi mengelakkan kenyataan yang tidak berasas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 21 2024

Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa. - Foto Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.

Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.

Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.

Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.