Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi projek berkenaan, ia juga akan dapat mengurangkan impak banjir serta kerosakan harta benda awam.
"Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan saya akan memastikan projek ini diteruskan dengan jayanya, Insya-Allah," menurut hantaran di laman Facebook Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan hari ini.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sebelum itu menghadiri mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk berkenaan cadangan projek RTB di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah.
-- BERNAMA