HULU LANGAT: Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026 bakal memberi manfaat kepada 52,000 pengguna jalan raya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek dengan kos RM123.66 juta itu sepatutnya siap pada 2025, namun terpaksa dilanjutkan berikutan masalah pengambilan tanah dan pemindahan utiliti.
"Ini semua untuk mengurangkan kesesakan serta demi keselesaan dan keselamatan pengguna sebab kawasan ini sedang membangun, jalan sedia ada sudah tidak mampu menampung pertambahan trafik," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di sini hari ini.
Nanta berkata program turun padang itu bertujuan memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan di samping aspek keselamatan di tempat kerja sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan semua projek Kementerian Kerja Raya (KKR).
Projek itu diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia ke-11 (RP4, RMK11) bagi mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak dari Hulu Langat menghala ke Kuala Lumpur.
Projek yang bermula pada 6 Ogos 2021 itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf dari simpang Taman Suntex sepanjang 1 kilometer (km) dan FT3210 dari Persimpangan Batu 9 ke Persimpangan Jalan Dato Alias sepanjang 1km dari jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong.
Ini termasuk pembinaan jejambat dua lorong satu hala dari Hulu Langat ke Cheras serta membina dan menggantikan Jambatan Sg Sering.
Dalam pada itu, Nanta turut meninjau lokasi yang sering mengalami banjir kilat di laluan FT3210 terutama di jalan masuk ke kawasan perindustrian Hulu Langat iaitu seksyen 2.45 (Stor Gas Pusaka) dan seksyen 5.45 (Petronas Bukit Nanding).
Bagi seksyen 2.45, beliau berkata Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) KKR telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 pada Februari lepas bagi kerja-kerja pembersihan pembetung yang dipenuhi air dan keladak serta siap dilaksanakan pada 3 April.
Untuk penyelesaian jangka panjang pula, BPF mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat mengadakan penyelarasan bersama agensi terbabit bagi menyelesaikan isu hakisan tanah dan pembersihan saluran keluar pembetung di lokasi tersebut bagi mengelakkan banjir kilat.
Beliau berkata bagi mengatasi banjir kilat di Petronas Bukit Nanding, JKR Hulu Langat memohon Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2024 bagi kerja-kerja menaik taraf longkang dengan kos anggaran bernilai RM2 juta.
Namun, JKR Daerah akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan PBT yang terlibat bagi penyelesaian jangka panjang.
Sehingga Mei 2024, KKR telah meluluskan APJ Tahun 2024 sebanyak RM18.36 juta kepada JKR Hulu Langat untuk penyenggaraan jalan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Alexander (dua, kiri) mendengar taklimat pada Program Turun Padang Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT 3210 di Pekan Batu 9 hari ini. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.