LABUAN: Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah, menurut Chartered Institute of Logistic and Transport cawangan Sabah (CILT Sabah).
Pegawai Perhubungan CILT Sabah Daniel Doughty berkata bahagian Sabah dalam projek itu diterajui oleh seorang menteri dengan latar belakang kejuruteraan yang membantu menangani pelbagai cabaran dan menyumbang kepada kemajuan projek itu.
"Persiapan menerima keberangkatan konvoi Yang di-Pertuan Agong dari Tawau, Sabah ke Kuching, Sarawak (menggunakan lebuh raya) pada 3 Sept ini semakin meningkat.
"Pendekatan langsung Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merancang dan melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo yang tertangguh telah memainkan peranan penting dalam membawanya lebih dekat kepada siap," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.
"Bagi menangani perkara ini, pembiayaan yang besar daripada kerajaan Persekutuan telah diperuntukkan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan, dan peruntukan itu kekal sebagai faktor penting dalam memastikan keberkesanan rangkaian jalan raya dan pergerakan lancar orang dan barangan," katanya.
Beliau berkata kemakmuran masa depan Sabah terletak pada pelaksanaan strategi pengangkutan pelbagai mod yang komprehensif.
"Perluasan rangkaian rel Sabah, khususnya perhubungan antara utara dan timur, memberi harapan yang besar. Integrasi dengan rangkaian yang dicadangkan seperti kereta api Trans-Borneo memerlukan perancangan yang teliti.
"Banyak faedah akan dinikmati daripada rangkaian kereta api yang disambungkan dengan baik termasuk mengurangkan kesesakan dan mengukuh jalinan ekonomi antara bandar dan luar bandar," katanya.
Beliau berkata ia juga akan membuka ruang kemudahan pergerakan kargo di dalam negeri dan seluruh Borneo.
"Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, pencapaian baru-baru ini adalah bukti kemajuan yang dicapai dan potensi yang menanti untuk infrastruktur pengangkutan Sabah," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang
Pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an ditahan antara 5 petang dan 7 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM tahan seorang lagi individu disyaki terbabit rasuah projek lebuh raya
SPRM menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah melibatkan kerja-kerja menyiapkan pakej projek pembinaan lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang.

Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah
Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Baru Bian puas hati Pan Borneo di Sarawak ikut jadual
Menteri Kerja Raya Baru Bian berpuas hati dengan perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang berjalan lancar dan mendahului jadual.

Najib ke Jaipur teroka peluang pelaburan bagi syarikat Malaysia
Perdana menteri tiba di Jaipur pada 11.23 pagi dari New Delhi, selepas mengadakan pertemuan yang berhasil bersama rakan sejawatan beliau, Narendra Modi, pada Sabtu.

Kerajaan pertimbang kaedah usaha sama dalam projek Pan Borneo Sabah
Ini berikutan terdapat kekurangan kontraktor Bumiputera Sabah Tier 1 yang berpengalaman luas untuk mengendalikan projek pembinaan lebuh raya.

'Terowong dasar laut Tanjung Bungah-Teluk Bahang akan dibina dahulu'
Projek terowong dasar laut menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai.