KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu iaitu dua pengarah syarikat subkontraktor kerana dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
Sumber SPRM memaklumkan pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan antara 5 petang hingga 7 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Beliau berkata mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam dan perintah tahanan reman selama lima hari hingga 7 Julai ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
"Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain," katanya kepada Bernama semalam.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Pada Selasa, Bernama melaporkan SPRM menahan reman dua lagi individu iaitu pengerusi sebuah syarikat dan pengarah syarikat subkontraktor bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek itu.
Setakat semalam, SPRM telah menahan reman seramai 14 individu berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
![SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720042446_SPRMRasuah.jpg)
Dua pengarah syarikat subkontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu untuk perintah tahanan reman kerana dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang. --fotoBERNAMA
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
![Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719223489_sprmbernama.jpg)
Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun
Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada 10 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan.
![Isu HRD Corp: SPRM mula rekod keterangan individu minggu depan Isu HRD Corp: SPRM mula rekod keterangan individu minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720257923_hrdcorp.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM mula rekod keterangan individu minggu depan
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini pihaknya masih meneliti dokumen yang diperoleh.
![Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720177907_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen diserahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini berhubung isu membabitkan HRD Corp.
![Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat [KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720168226_TBTarmize.jpg)
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
![KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720143082_tbStevenSimCheeKe.jpg)
KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC
Kementerian Sumber Manusia arah Ketua Setiausahanya dan Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan kepada SPRM untuk siasat masalah yang didedah PAC.
![Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720066712_keranifirmaguaman.jpg)
Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya di antara 10 hingga 31 Mei 2017.
![SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720042446_SPRMRasuah.jpg)
SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang
Pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an ditahan antara 5 petang dan 7 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.