KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menyaksikan pengembangan ekonomi yang lebih hebat sekiranya ia memulakan projek-projek infrastruktur mega pasca pandemik seperti kereta api berkelajuan tinggi terutama bagi tujuan pengangkutan barang yang akan memberikan pelbagai kesan ke seluruh rantaian bekalan.
Menurut Pensyarah Keusahawanan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aida Idris, projek-projek seumpama itu akan menjadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
"Dengan ekonomi digital yang semakin berkembang bak cendawan sejak tahun lepas, saya yakin kerajaan akan meneliti untuk memenuhi projek infrastruktur mega - lebih kepada pengangkutan barangan berbanding penumpang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tiga sektor utama yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik adalah pembuatan, pertanian dan perkhidmatan tetapi tanpa mengambil kira tiga sektor ini, tiada satupun yang boleh berfungsi tanpa sokongan infrastruktur dan utiliti yang baik.
"Maksud saya ialah jangan kita abaikan ataupun terlepas pandang terhadap sektor infrastruktur dan utiliti yang merupakan syarat paling asas dalam pemulihan ekonomi negara," katanya sambil menambah beberapa negara Eropah juga mengguna pakai strategi pengangkutan barang menggunakan kereta api untuk meningkatkan ekonomi.
Mengulas lanjut mengenai pentingnya projek infrastruktur yang baik, beliau berkata projek kereta api berkelajuan tinggi harus fokus pada pencapaian pembangunan yang sama antara kawasan luar bandar dan bandar sejajar dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Beliau berkata pandemik ini telah membawa masyarakat kepada gaya hidup norma baharu iaitu bekerja dari rumah dan memanfaatkan ekonomi digital dengan mana hampir semua pekerjaan beroperasi secara dalam talian, justeru, mampu mengurangkan pergerakan.
"Keperluan untuk pergerakan penumpang juga dapat dikurangkan tetapi lebih kepada ekonomi digital dan perniagaan dalam talian kerana barangan dapat diakses menerusi pasaran bukan tradisional," katanya.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara, terutamanya yang belum dimulakan.
Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan mengkaji semua projek, terutama yang belum dimulakan tetapi sudah mempunyai peruntukan.
Sementara itu, mengenai bantuan tunai melalui pelbagai pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Aida berkata pakej-pakej ini pasti akan membantu meningkatkan ekonomi, bergantung kepada peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang pelbagai antara negeri.
"Bantuan tunai untuk mereka yang berada di fasa satu sangat diperlukan untuk menampung perbelanjaan asas tetapi bagi mereka yang telah memasuki fasa dua dan seterusnya, bantuan tunai adalah penting bagi ekonomi tempatan kerana ia meningkatkan kuasa membeli rakyat.
"Orang ramai cenderung berbelanja banyak dan kegiatan ekonomi akan bertambah sekiranya ada permintaan yang lebih tinggi. Sehubungan itu, bantuan tunai untuk golongan yang berada pada fasa dua dan ke atas akan memberi kesan positif kepada keseluruhan rantaian bekalan," jelasnya.
Menyentuh mengenai Belanjawan 2022 yang akan datang, Aida percaya kerajaan akan menekankan kepada meningkatkan ekonomi digital dan terus mengembangkan sektor ini, seiring dengan pola pembelian oleh pengguna.
"Kita perlukan banyak sumber untuk mengembangkan bidang ini termasuk memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021

Pakar berpendapat, tiga sektor utama yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik adalah pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.

Presiden Xi Jinping adakan lawatan ke Jiangxi
Presiden Xi Jinping berkata keutamaan ekologi perlu ditekankan dalam pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze.

Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.

PM minta PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang
Keadaan agak 'tenat' kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.

Pelbagai projek pembangunan mega menanti penduduk Padang Besar - Zahidi
Antara projek sedang dan akan dilakukan adalah projek Perlis Inland Port (PIP), Tank Farm minyak dan gas, serta Hospital Digital Padang Besar.

PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.

Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.

Lim Guan Eng gembira majlis pemeteraian MoU projek mega disaksi PM Malaysia, China
CZBUCG merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG yang telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.

Kerajaan pantau 92 projek "sakit" seluruh negara - Mustapa
Kerajaan sedang memantau 92 projek 'sakit' di seluruh negara yang berlaku kelewatan melebihi waktu ditetapkan iaitu dalam tempoh dua bulan atau 20 peratus berbanding jadual pelaksanaan.