KUALA LUMPUR: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini diminta agar memberi perhatian dan menyelesaikan isu perancangan kota atau bandar supaya ia seimbang dengan pembangunan sekali gus memenuhi keperluan penduduk bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun tidak terlambat, keadaan dilihat agak 'tenat' kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.
"Kita lihat umpamanya keadaan tidak terkawal dan lebih parah bila ada kesenjangan kerana kota juga menzahirkan kawasan sesak, kawasan miskin bandar yang disebut slums, maknanya perancangan kita ada kelemahannya.
"Kita bangunkan bangunan yang tersergam indah, projek-projek mega kerana itu perlu untuk membangunkan (negara) tetapi kita lupa bahawa yang bekerja itu (penduduk) juga memerlukan perumahan dan akhirnya apabila hendak bangunkan perumahan, kos telah meningkat, kos tanah melambung tinggi," katanya pada Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perancangan kota-kota besar sangat penting agar selari dengan konsep Malaysia MADANI yang dicetuskan beliau.
Anwar berkata, semua pihak harus belajar daripada pengalaman kelemahan kota-kota besar seperti menghapuskan hutan dan mementingkan perniagaan semata-mata ketika merancang bandar.
"Saya katakan tidak terlalu lambat, tetapi sudah tenat kita. Mahu bangunkan perumahan rakyat, kosnya terlalu tinggi kerana kita tidak menetapkan kawasan-kawasan (untuk perumahan) dari awal. Kita hanya fikirkan gedung-gedung kerana gedung ini kadangkala memberikan pulangan yang lebih baik," katanya.
Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dalam memastikan penyediaan kemudahan dan mengindahkan warung serta gerai kecil buat seluruh rakyat Malaysia.
"Kita mahu restoran lima bintang tetapi kita kena ingat warung-warung dan gerai itu penting kerana sebahagian besar rakyat tidak mampu mendekati restoran lima bintang maka tanggungjawab kita yang ada kuasa untuk pastikan kemudahan bagi rakyat terbanyak dan harus indah.
"Perumahan rakyat, mengindahkan warung dan gerai serta kedai-kedai runcit sekadar yang kita mampu... jadi akhirnya kita hidup dalam negara makmur tetapi kita kekalkan dua darjat jadi sebab itu (konsep) Malaysia MADANI ini kita harus ikhtiar," katanya.
Mengenai Belanjawan 2023, beliau berkata, isu miskin tegar, perumahan, gerai, nasib pekebun kecil dan penoreh getah diberi tumpuan serius dalam belanjawan Persekutuan dengan peruntukan tambahan.
Anwar juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah kerana mengerahkan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyelesaikan isu-isu gerai dan warung dalam meningkatkan kemudahan mencukupi serta selesa kepada mereka.
Berlangsung bermula 4 hingga 12 Mac, Festival Taman Kuala Lumpur 2023 dengan tema 'Laman Seni dan Flora Malaysia' ialah program penjenamaan semula daripada Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show (KLOBS) yang pernah dianjurkan DBKL sejak 2012.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Mahadi.
- Bernama
Bernama
Thu Mar 09 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyempurnakan perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. - Gambar BERNAMA
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Kelewatan projek, disebabkan masalah pengambilan tanah
Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A Sabah disebabkan masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti di jajaran projek itu yang memakan masa yang sangat lama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM
Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
Malaysia mahu jadi hab penjanaan AI, pusat tarikan pelaburan untuk rakan digital - PM Anwar
Dalam tempoh 12 bulan seterusnya, kerajaan berharap dapat mencapai beberapa hasil utama termasuk penyediaan Pelan Tindakan Teknologi AI.
Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM
Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Forest City, Johor magnet baharu ekonomi serantau - PM
Forest City juga akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar bagi pejabat keluarga.
Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar
Hubungan erat antara kedua-dua negara mampu mencapai kejayaan lebih besar melalui pendekatan menang-menang.
Malaysia lebih selektif pilih pelaburan asing demi manfaat negara - PM Anwar
Malaysia kini lebih fokus kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi data.
Banjir: PM Anwar tiba di Kedah lawat tiga PPS
Perdana Menteri tinjau pusat pemindahan sementara dan menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Semoga Malaysia, Selangor Red Giants dapat melakar sejarah sekali lagi - PM
PM Anwar ucap tahniah pada Selangor Red Giants raih juara Mid Season Cup (MSC) Mobile Legends Bang Bang 2024.