Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) susulan penangguhan pengambilan pekerja asing dari negara sumber kurang mendapat sambutan majikan, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krishnam berkata pihaknya menyokong inisiatif kerajaan memberi peluang kepada PATI di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi keperluan di sektor pekerjaan yang dibenarkan.
Namun, menurutnya majikan dilihat kurang berminat menyertai program itu yang telah dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Februari.
"Saya difahamkan terdapat majikan kurang berminat menyertai program ... ini kerana mereka (majikan) berpendapat PATI yang tinggal lama dan faham dengan persekitaran ekonomi dan sosial negara ini mula 'demand' tentang gaji," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Beliau berkata majikan yang memerlukan tenaga kerja asing perlu mempertimbangkan untuk berdaftar dalam program itu untuk memberi peluang kepada PATI mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan yang tidak diminati rakyat tempatan.
Dalam pada itu, Gopal berkata tindakan Jabatan Imigresen melaksanakan penguatkuasaan menerusi Op Hari Hari Operasi dilihat sebagai kurang tepat dan tidak adil kepada majikan dan PATI yang dalam tempoh mendaftar bagi program penggajian dan penempatan semula itu.
"Kerajaan melaksanakan program rehiring PATI tetapi pada masa sama mereka (Jabatan Imigresen) hari-hari menjalankan operasi menangkap PATI. Tindakan ini dilihat seperti tidak seiring dengan pelaksanaan program rehiring ini," katanya.
Setakat malam Ahad, Imigresen telah memeriksa 2,125 warga asing dan daripada jumlah itu sebanyak 971 ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar ibu negara.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan berkata setakat ini program itu dilihat dipandang dingin apabila hanya 1,000 majikan menyertai program itu bagi memohon 8,418 pekerja asing.
"Dianggarkan PATI mencecah sehingga empat juta orang tetapi hanya lebih 8,000 yang dimohon. Kos minimum sebanyak RM1,200 (RM800 caj pendaftaran dan RM400 caj perkhidmatan) serta kos lain yang perlu ditanggung majikan antara kekangan yang menjadikan program itu mungkin tidak mencapai matlamat," katanya.
Shamsuddin berharap pihak Imigresen dapat mempertimbangkan semula kos yang dikenakan kepada majikan dan PATI.
"Mungkin caj pendaftaran boleh diberikan secara percuma," katanya.
Bernama
Tue Feb 23 2016

Menurut Gopal, majikan berpendapat PATI yang tinggal lama dan faham dengan persekitaran ekonomi dan sosial negara ini mula mendesak tentang gaji. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.

Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.

Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.