Selepas detik 12 tengah malam ini maka berakhirlah peluang pendatang tanpa izin (PATI) untuk terus bersarang di negara tercinta ini setelah tamatnya Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) yang diperkenalkan sejak 2014.
Ketua Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata perkara ini turut ditegaskan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyyiddin Yassin sebelum ini yang menyatakan tarikh akhir program 3+1 itu adalah 30 Ogos 2018 dan tidak akan disambung lagi.
"Kita tak mahu ada lambakan PATI di negara kita...saya dengan berani menyatakan dengan mengambil konsep semangat Hari Kemerdekaan yang disambut hujung bulan ini (esok), mengapa tidak kita berusaha memerdekakan negara kita daripada PATI selepas 30 Ogos ini.
"Selain mereka (PATI), majikan dan kedutaan negara masing-masing juga bertanggungjawab untuk membawa mereka pulang selepas 30 Ogos ini," katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata program itu dilaksanakan untuk membolehkan PATI tampil menyerah diri dengan hanya membayar kompaun minimum iaitu RM300 dan RM100 untuk sijil khas (SP) pulang ke negara asal.
"Jabatan Imigresen Malaysia sering menerima aduan terutama daripada penduduk tempatan sejak kebelakangan ini yang mereka tidak selesa dengan lambakan warga asing di negara ini," katanya.
Melihat kepada situasi yang berlaku, Mustafar berkata tindakan warga asing sering memonopoli sesuatu kawasan terutama di kawasan perumahan telah membawa rasa kurang senang kepada warga tempatan.
Beliau berkata warga asing juga dilabel kotor, sering membuang sampah merata-rata dan ada antara mereka membawa penyakit berjangkit yang mampu mengancam penduduk sekitar.
"Jadi, penguatkuasaan tegas perlu untuk membanteras lambakan warga asing ini, selain mengurangkan populasi mereka di sini.
Setakat ini kira-kira 840,000 PATI tampil menyerah diri menerusi program tersebut, termasuk 148,774 PATI yang menyerah diri pada tahun ini setakat awal Ogos.
Susulan itu, Mustafar berkata Jabatan Imigresen Malaysia melalui Op Mega akan menjalankan operasi secara berterusan dalam membanteras PATI daripada terus menghuni negara ini.
"Jabatan Imigresen juga perlukan kerjasama agensi penguat kuasa lain bagi mengambil tindakan bersepadu untuk menahan PATI dan membawa mereka ke mahkamah kerana mentadbir golongan ini secara sendiri bukan mudah," katanya.
Beliau, bagaimanapun mengalu-alukan kedatangan warga asing ke negara ini secara sah kerana ia memberi banyak faedah kepada ekonomi negara khasnya mereka yang datang sebagai pelancong, pelajar, pekerja yang sah atau menerima rawatan di negara ini.
"Yang kita tak alukan ialah PATI iaitu golongan yang telah tamat tempoh bekerja tetapi tetap meneruskan pekerjaan dan golongan yang menyalahgunakan pas melancong dengan bekerja atau melacurkan diri seperti di rumah-rumah urut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018

Mustafar (dua, kiri) bertemu dengan sebahagian PATI ketika meninjau kaunter Program 31 selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan di Jabatan Imigresen, Putrajaya, 30 Ogos, 2018. -- fotoBERNAMA
Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & kemeriahan 'Spice Bazaar'
Turkiye mempunyai sejarah yang sangat kaya dan panjang, dari zaman Empayar Byzantine hingga Empayar Uthmaniyyah, dengan banyak tapak bersejarah seperti yang mampu menarik pelancong dari seluruh dunia. Telusuri tiga lokasi menarik ke Masjid Eyup Sultan, Bukit Pierre Loti dan Spice Bazaar.
Warisan Di Samudera Biru
Saksikan inisiatif Rigs-To-Reef PETRONAS melindungi warisan marin dengan mengguna semula struktur pelantar minyak yang dinyahtauliah menjadi habitat marin yang menyokong ekosistem hidupan laut.

Proses bawa masuk warga Palestin: K'jaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini.
Didi & Friends, Hawa dalam Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut
Astro Fibre perkukuh pengalaman internet di rumah dengan kempen terbaru Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut yang menampilkan ikon kegemaran kanak-kanak, Didi and Friends bersama duta Astro Fibre, kakak kencang, Hawa Rizwana.
Muhibbah budayakan rahmah, bukan marah-marah
Irfan Faruqi menemubual Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menjurus kepada isu muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang agama di negara ini menerusi penganjuran Majlis Iftar Muhibah 2025 di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.

CTOS ajak rakyat Malaysia periksa skor kredit dalam kempen 'Kredit Kau Hijau'
Agensi pelaporan kredit swasta, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) mengajak rakyat Malaysia untuk memeriksa skor kredit mereka dengan pelancaran kempen terbaharunya, Kredit Kau Hijau.
Kabinet akan teliti cadangan had tempoh jawatan PM
Kabinet akan meneliti cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kerana ia melibatkan Pindaan Perlembagaan, kata Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil.
Ismail Sabri rakam percakapan lebih 6 jam DI SPRM
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kereta jenis Vellfire berwarna hitam pada pukul 9.57 pagi untuk hari keempat merakam keterangan.

Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angkat syarikat korporat, GLC - Fahmi
Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dibentuk menjelang sambutan HAWANA - Fahmi
Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat dibentuk menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.