KUALA LUMPUR: Program Jualan Semarak Ramadan akan diteruskan di 82 lokasi outlet FAMA di seluruh negara.
FAMA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk 62 lokasi di Pasar Tani, 16 lokasi di Pasar Tani Kekal, dua lokasi di MyFarm Outlet dan dua lokasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
"Antara pengisian Program Jualan Semarak Ramadan @ Pasar Tani ini adalah edaran buah kurma dan produk usahawan kepada pengunjung serta jualan waktu ria bagi produk buah-buahan dan 'showcase' menu nostalgia berbuka puasa. Turut diadakan juga sumbangan kepada rumah anak yatim," menurut kenyataan itu pada Sabtu.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri melancarkan Program Jualan Semarak Ramadan @ Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Kelana Jaya, Selangor pada Sabtu bagi menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai pengoperasian pasar tani berkenaan.
Jendela Ramadan
Program itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan dan makanan termasuk bekalan bahan mentah berkualiti dengan harga yang berpatutan sempena menyambut Ramadan.
Dalam kenyataan itu, Rashid berkata peluasan skop Program Jualan Semarak Ramadan @ Pasar Tani itu bertujuan menghargai pengunjung pasar tani yang sentiasa hadir mendapatkan barangan dapur dalam persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Menurut kenyataan itu, Rashid turut menyerahkan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Pertubuhan Pusat Jagaan Baitul Hidayah dalam majlis berkenaan.
Untuk rekod, nilai jualan pasar tani di seluruh negara pada tahun lepas berjumlah RM170 juta manakala sehingga Februari 2022, nilai jualan sebanyak RM42 juta dicatatkan dan melibatkan 10,868 usahawan di 270 lokasi pasar tani seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022

Peluasan skop Program Jualan Semarak Ramadan @ Pasar Tani itu bertujuan menghargai pengunjung pasar tani. - Foto fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.