KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Projek Jana Wibawa, atau Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa, diperkenal ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepat pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff, 52, berkata demikian selepas disoal peguam Amer Hamzah Arshad pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Amer Hamzah: Adakah kamu setuju terdapat cadangan daripada Menteri Kewangan ketika itu (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) kepada mantan Perdana Menteri (Muhyiddin) untuk melaksanakan program Jana Wibawa dan mantan Perdana Menteri ada meminitkan perkara itu pada 3 Ogos 2020 berhubung persetujuan beliau untuk mempertimbangkan program Jana Wibawa?
Rosni: Ya, setuju.
Amer Hamzah: Susulan cadangan tersebut, program Jana Wibawa kemudian dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
Rosni: Setuju.
Saksi pendakwaan ketiga itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Jemaah Menteri telah mempertimbang cadangan daripada Menteri Kewangan dan mengesah serta memutuskan untuk meneruskan program berkenaan pada 13 Nov 2020.
Rosni, yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Strategi Badan Berkanun, turut bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa Jana Wibawa hanya boleh dilaksana apabila Jemaah Menteri memberi persetujuan.
Beliau berkata terdapat dua cara untuk melaksanakan program Jana Wibawa iaitu menerusi rundingan terus dan tender terbuka prakelayakan.
Pada prosiding sebelum ini, Rosni berkata Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa adalah melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara selain memindahkannya ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Wan Saifu didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Arca Buddha di Bukit Choras simbol kemajmukan wujud berabad lamanya di Kedah - Penyelidik
Penemuan arca buddha berbentuk manusia di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras menunjukkan kemajmukan budaya dari pelbagai latar belakang telah wujud sekian lamanya di bumi Kedah.
Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.
AWANI Ringkas: KPM siasat kes pelajar jatuh bangunan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
Persiapan istiadat pertabalan Agong pada peringkat akhir, 700 tetamu bakal hadir
Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat berlangsung sempurna.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.