GUA MUSANG: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalaman Gua Musang, Kelantan membabitkan masyarakat Orang Asli mencapai sasaran.
Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, sepanjang empat hari Outreach Vaksinasi di penempatan Orang Asli, sejumlah lebih 800 Orang Asli telah berjaya disuntik.
"Disebabkan kawasan pendalaman sukar untuk kami menggunakan jalan darat, jadi kami menggunakan khidmat Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpinggir daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Hasil usaha yang kami lakukan ini dan dengan kerjasama Unit Udara (JBPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa), seramai 800 masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang telah berjaya disuntik dalam masa dua ke tiga hari lepas," katanya.
Beliau juga memaklumkan program vaksinasi bagi masyarakat Orang Asli akan terus dilaksana bagi memastikan tiada individu di situ yang tidak divaksinasi.
Lebih 30 petugas kesihatan dan doktor terbabit dalam program ini yang dihantar ke kampung Orang Asli menggunakan tiga helikopter JBPM.
Menyentuh mengenai jumlah pemberian vaksin untuk rakyat Kelantan, Dr Zaini menjelaskan sehingga kini ia telah mencapai kadar 75 peratus imunisasi di mana lebih 932,000 rakyat Kelantan berusia 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan dos pertama.
Tambahnya, individu yang lengkap vaksinasi pula sehingga kini telah mencapai kadar 35 peratus, atau 671,000 rakyat Kelantan.
Jelas beliau, Kelantan dijangka mencapai 80 peratus imunisasi kelompok menjelang akhir bulan ini atau pada awal Oktober nanti.
Muhafandi Muhamad
Sun Sep 19 2021

Program vaksinasi bagi masyarakat Orang Asli akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada yang tidak divaksin. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,477,888 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 16 juta dewasa di Malaysia terima dos penggalak vaksin COVID-19
Sejumlah 22,963,644 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,425,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hampir 200,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,371,120 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, atau 38.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

44,376 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: 15.85 juta populasi dewasa lengkap dos penggalak
Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.