KUALA LUMPUR: Profesor kejuruteraan kimia, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan profesor UKM-Petronas Tenaga Hidrogen Lestari, Institut Sel Fuel (Selfuel) Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud diumum sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2020.
Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Ir Dr Wan Ramli telah mencipta pelbagai pencapaian gemilang di dalam negara dan antarabangsa termasuk pengiktirafan sebagai satu peratus saintis tersohor dunia dalam The World's Most Influential Scientific Minds dan Highly Cited Researcher sebanyak enam kali iaitu dua kali oleh Thomson Reuters pada 2015 dan 2016 dan empat kali oleh Clarivate Analytics iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2020.
"Selain itu, beliau juga turut menerima anugerah lain yang berprestij bagi saintis Malaysia iaitu Anugerah Merdeka (2016) untuk prestasi kesarjanaan yang amat cemerlang dalam penyelidikan dan pengembangan sel fuel dan tenaga hidrogen di dunia," katanya.
Prof Ir Dr Wan Ramli turut menjuarai bidang tenaga berpancaran sifar seperti tenaga hidrogen, teknologi sel fuel dan teknologi pengeringan lestari; dan etnoteknologi Melayu di persada global melalui penyelidikan dan pembangunan menggunakan bahasa Melayu.
Bagi menggalakkan keterlibatan ahli akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu, tiga kategori diperkenalkan pada 2020 iaitu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu, Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan.
Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah Dr Mazura Mansor menjadi penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal manakala Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (Bahasa), Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Mohamad Asri Mat Husin adalah penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan.
Bagaimanapun, tiada pemenang bagi kategori Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu, menurut KPT.
Menurut kenyataan itu, KPT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap agar penganugerahan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang sebagai pemangkin kepada kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
ATABM merupakan satu daripada usaha untuk mengiktiraf ahli akademik di universiti awam yang telah memperlihatkan kesungguhan dampak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penghasilan karya-karya ilmiah yang berkualiti,
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Prof Ir Dr Wan Ramli turut menjuarai bidang tenaga berpancaran sifar dan etnoteknologi Melayu di persada global melalui penyelidikan dan pembangunan menggunakan bahasa Melayu. - Foto ises.gov.my

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Selamat bersara Dr Jeniri
Beliau pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Sarawak 2016.