MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dalam Ops Pharma, semalam.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata operasi itu yang turut disertai pelbagai agensi bermula 2 petang hingga 10.30 malam menyerbu tujuh premis termasuk rumah dan stor.
"Tindakan diambil rentetan aduan awam berkaitan penjualan produk steroid anabolik menerusi platform e-dagang.
"Operasi turut menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun serta merampas lima peranti digital," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati penjualan produk itu dilakukan secara aktif sejak dua tahun lepas dengan kesemua produk diimport dari beberapa negara dan dijual secara dalam talian.
"Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal dan kerap disalah guna untuk tujuan membina otot badan.
"Jadi ia perlu diambil atas nasihat doktor dan ahli farmasi kerana penyalahgunaan boleh merosakkan buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan serta terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya.
Menurut Dr Rusdi, penjualan produk tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952.
Beliau berkata mereka didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua bagi kesalahan berikutnya.
"Bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya manakala bagi kesalahan memiliki racun berjadual untuk tujuan jualan tanpa lesen racun boleh dihukum di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952," katanya.
Dr Rusdi berkata orang ramai boleh melaporkan sebarang penjualan produk tidak berdaftar melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my, portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) http://moh.spab.gov.my, mana mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berhampiran atau hubungi talian 03-78413200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694080424_produk.jpg)
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dalam Ops Pharma, semalam. -Facebook KKM
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706841081_TBRestauranttutup.jpg)
Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari
Arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.
![Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694080424_produk.jpg)
Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas
Dr Rusdi Abd Rahman berkata operasi itu yang turut disertai pelbagai agensi bermula 2 petang hingga 10.30 malam menyerbu tujuh premis termasuk rumah dan stor.
![Jijik! Gudang simpanan stok pasar raya dipenuhi najis haiwan Jijik! Gudang simpanan stok pasar raya dipenuhi najis haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650528234_TBPASARAYATUTP.jpg)
Jijik! Gudang simpanan stok pasar raya dipenuhi najis haiwan
Pasar raya itu juga menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku selain makanan yang telah tamat tarikh luput selama empat tahun.
![PRN Melaka: Jabatan Kesihatan sahkan kes jangkitan COVID-19 melibatkan petugas parti PRN Melaka: Jabatan Kesihatan sahkan kes jangkitan COVID-19 melibatkan petugas parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636718177_DrRusdiAbdRahman.jpg)
PRN Melaka: Jabatan Kesihatan sahkan kes jangkitan COVID-19 melibatkan petugas parti
JKN ambil tindakan segera menutup Bilik Gerakan parti politik itu serta mengeluarkan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi SOP.
![Rebah di tempat vaksin: Dua insiden di tempat dan hari sama punca kekeliruan Rebah di tempat vaksin: Dua insiden di tempat dan hari sama punca kekeliruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632495771_Vaksin.jpg)
Rebah di tempat vaksin: Dua insiden di tempat dan hari sama punca kekeliruan
JKN Melaka mengakui wujud kekeliruan dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pihaknya semalam, berkaitan video tular mengenai remaja lelaki yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat vaksin.
![Tiada kes positif COVID-19 dirawat di Hospital Jasin Tiada kes positif COVID-19 dirawat di Hospital Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581681198_COVID.jpg)
Tiada kes positif COVID-19 dirawat di Hospital Jasin
Berita yang tular melalui aplikasi WhatsApp tersebut tidak benar kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan sehingga kini di negeri berkenaan.