MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengakui wujud kekeliruan dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pihaknya semalam, berkaitan video tular mengenai remaja lelaki yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Melaka.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Rusdi Abd Rahman berkata kekeliruan itu timbul apabila terdapat dua kejadian yang hampir sama dan berlaku di tempat sama iaitu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore, Klebang di sini semalam.
Katanya kes pertama melibatkan remaja berumur 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di Melaka dan mempunyai janji temu di PPV Encore semalam (30 Sept) dan tiba di PPV bersama keluarga pada 11.43 pagi, menerima suntikan vaksin pada 12.01 tengah hari dan selesai pemerhatian pada 12.20 tengah hari.
"Semasa proses vaksinasi, remaja ini sangat gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.
"Bagaimanapun, selepas selesai sesi pemerhatian dan dalam perjalanan ke kawasan parkir kenderaan, remaja ini secara tiba-tiba lemah dan rebah sehingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya masuk semula ke PPV bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Lapar, takut jadi punca remaja 'longlai' selepas ambil vaksin di PPV
BACA: Ibu kecewa berita palsu tersebar tentang anak 'longlai' terima suntikan vaksin COVID-19
Dr Rusdi berkata pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja itu stabil dengan tanda vital (tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darah) adalah normal malah pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati, remaja itu menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang.
Beliau berkata panggilan telefon susulan kepada keluarga selepas itu mendapati remaja ini sihat dan aktif seperti sedia kala.
"Siasatan lanjut mendapati remaja tersebut tidur awal sebelum hari kejadian, telah mengambil sarapan pagi dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau alahan sebelum ini. Kejadian tersebut berlaku disebabkan remaja tersebut terlalu gementar dan menyebabkan beliau mengalami 'serangan vasovagal' (pengsan)," katanya.
Dr Rusdi berkata kes kedua melibatkan seorang remaja berumur 12 tahun dari sebuah sekolah rendah di Melaka yang hadir tanpa janji temu bersama keluarga ke PPV sama pada 12.20 tengah hari dan diberikan vaksinasi pada 12.49 tengah hari.
Katanya semasa proses vaksinasi, remaja itu dilihat gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan sepanjang proses vaksinasi dan tempoh pemerhatian namun apabila keluar dari bangunan PPV, remaja ini mengadu sakit kepala dan kemudian lemah sebelum dibawa masuk semula ke PPV.
Pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja ini juga stabil dengan tanda vital yang normal, malah pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja berkenaan menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang.
"Hasil siasatan lanjut mendapati, remaja kedua ini tidur lewat iaitu pada 2 pagi. Selain itu, beliau juga tidak berselera makan dan hanya makan sesudu nasi lemak pada pagi itu.
"Remaja ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sebarang sejarah alahan sebelum ini. Kejadian ini disahkan berlaku disebabkan gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum vaksinasi," katanya.
Dr Rusdi berkata JKN Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah akan terus memantau status kesihatan kedua-dua remaja ini dari semasa ke semasa, di samping memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.
Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang akan membawa anak-anak untuk vaksinasi, beliau menasihatkan agar memastikan anak anak mendapat rehat yang mencukupi dan makan sebelum hadir ke PPV.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih. Untuk pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan vaksin di talian 06-2356876/ 06-2930164 atau melalui email vaksincovid.mlk@gmail.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Kekeliruan itu timbul apabila terdapat dua kejadian yang hampir sama dan berlaku di tempat sama iaitu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore, Klebang di sini semalam.- Gambar hiasan/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rebah di tempat vaksin: Dua insiden di tempat dan hari sama punca kekeliruan
JKN Melaka mengakui wujud kekeliruan dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pihaknya semalam, berkaitan video tular mengenai remaja lelaki yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat vaksin.