KUALA LUMPUR: Kesemua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di enam negeri giat melaksanakan kerja-kerja akhir bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Tinjauan Bernama di SELANGOR, di Pusat Mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan Pusat Pengumpulan Undi di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, Shah Alam mendapati petugas-petugas SPR telah siap melaksanakan persiapan.
Penyelia Pusat Pengundian Gombak Setia di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Samudera Mohamed Nizam Md Saad berkata kerja-kerja menyiapkan tempat pengundian selesai lebih awal daripada jadual yang ditetapkan SPR.
"Meskipun persiapan ini dilakukan pada waktu persekolahan, namun tiada masalah bagi pihak sekolah untuk membenarkan kami berbuat demikian. Saluran satu hingga empat menggunakan dewan sekolah, manakala saluran lima hingga sembilan di bangunan sekolah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid merangkap Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kota Anggerik berkata, sebanyak 1,422 petugas akan bertugas di 21 pusat mengundi esok.
Pada masa sama, beliau turut menasihati pengundi untuk keluar lebih awal bagi melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan kesesakan selain ramalan cuaca esok yang menjangkakan hujan pada sebelah petang.
Di NEGERI SEMBILAN, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sikamat Saiful Saadon berkata persediaan menjelang hari pengundian esok mencapai tahap 100 peratus dan mengikut jadual ditetapkan.
Seramai 55 ketua tempat mengundi ditempatkan bagi menjaga saluran, hadir sejak 7 pagi tadi untuk menyemak beg undi serta peralatan lain berkaitan bagi kelancaran proses pengundian esok di DUN Sikamat.
"Pengundi diingatkan bersiap sedia dengan kad pengenalan masing-masing dan semak saluran anda," katanya serta menggalakkan pengundi untuk memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Di TERENGGANU, Penyelia Pusat Mengundi SK Tok Jembal Azri Mohd Yasin berkata persiapan akhir oleh pihaknya giat dilakukan termasuk menyusun atur saluran serta kelengkapan mengundi, menyediakan petak undi serta memasang garisan SPR.
"Di SK Tok Jembal ada lapan saluran mengundi melibatkan lebih 4,000 pengundi. Kita jangka semua kerja termasuk meletakkan tanda arah, informasi dan memasang garisan akan selesai sebelum 6 petang," katanya.
Sementara itu di KEDAH, Pegawai Pengurus DUN Suka Menanti Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata semua persiapan di 13 pusat mengundi telah dilakukan sejak semalam dan hanya menunggu kehadiran pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Di PULAU PINANG, jurucakap SPR Pulau Pinang berkata hampir 20,000 petugas ditempatkan di pusat mengundi di negeri itu yang diketuai 40 Pegawai Pengurus SPR bagi setiap DUN.
Katanya, terdapat 28 pusat penjumlahan undi di Pulau Pinang dan semua kertas undi yang telah siap dikira di pusat mengundi akan dibawa ke situ esok.
Tinjauan Bernama di SK Padang Garong, Kota Bharu, KELANTAN pula mendapati dua khemah dilengkapi penyaman udara akan dijadikan tempat pengundian bagi menggantikan dua bilik darjah yang rosak akibat ribut, Sabtu lepas.
Pegawai Pengurus DUN Kota Lama Izuddin Abd Rashid berkata sebanyak 6,829 pemilih bagi dua daerah mengundi iaitu Padang Garong dan Kampung Dusun dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di sekolah tersebut membabitkan 13 saluran mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023

Petugas pusat mengundi melakukan persiapan akhir penyediaan peti undi untuk hari pengundian esok sempena Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor N.55 Dengkil di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Cyberjaya hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PRK Simpang Jeram: Petugas SPR pengundi terakhir
Hambatan tugas memaksa Mohamad Faris Zaki, menjadi pengundi terakhir di Pusat Mengundi Sekolah Agama (SA) Tun Dr Islam, Bakri, sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi.

PRN: SPR giat laksanakan persiapan akhir
Kesemua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di enam negeri giat melaksanakan kerja-kerja akhir bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Rakyat Sabah mengundi dalam suasana pematuhan SOP COVID-19
Seawal 7 pagi lagi, rata-rata pengundi telah mula beratur dan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal.

PRK Sungai Kandis: Keputusan paling lewat jam 10 malam - SPR
Seluruh pusat mengundi akan ditutup pada jam 5.30 petang bagi membolehkan kerja-kerja pengiraan dilakukan oleh petugas SPR.

PDRM diarah siasat ugutan bunuh petugas SPR - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas SPR Negeri Sembilan.

Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.