GEORGE TOWN: Jumlah pengundi muda (U18) dijangka meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini selepas golongan itu kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Adam Adli berharap jumlah pengundi muda itu dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos ini.
"PRU telah memberikan mereka (Undi18) kesedaran (kepentingan mengundi) daripada pengalaman hidup sebenar," katanya kepada media selepas pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Beliau berkata pengundi telah memahami tanggungjawab mereka dan yakin dengan keputusan mereka untuk melaksanakannya mengikut keperluan negara dan masyarakat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Sementara itu, pelancaran Program Fit Malaysia peringkat Pulau Pinang merupakan acara pembuka tirai bagi program peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 19 Ogos di bandar Baru Kuala Nerus.
Adam Adli berkata program berkonsepkan karnival kesihatan itu telah mencapai sasaran penyertaan 11,000 rakyat Pulau Pinang daripada semua peringkat umur yang menyertai aktiviti seperti fun ride sejauh 10 kilometer (km) dan 30km, fun walk 3km serta pesta kecergasan dan kesihatan.
"Program Fit Malaysia kemudian akan menjelajah ke seluruh negara dan tiba di destinasi terakhir di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 14 Okt," katanya.
Beliau berkata program itu merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk membudayakan dan mempopularkan sukan dalam komuniti dengan amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![PRN: Pengundi muda dijangka meningkat PRN: Pengundi muda dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673172521_AdamAdli.jpg)
Adam berharap jumlah pengundi muda itu dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos ini. -Gambar fail/Bernama
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720235260_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
![PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719808955_DrJoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.
![Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068671_AhmadMaslan.jpg)
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
![PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700744967_RajaMohamedAffandi.jpg)
PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi
Setiap pengundi tidak kira lapisan umur, muda atau warga emas sekalipun perlu didekati dengan penuh hormat.
![PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700721471_TBPengundimudaj.jpg)
PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat
Berhadapan pilihan raya ketiga di Kemaman dalam masa setahun, kelompok pengundi muda di Parlimen ini sedar "jari" mereka mempunyai kuasa besar yang ditagih calon bertanding.
![PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81441033364_AbdullahSaidol.jpg)
PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.
![PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696649727_AbdulGhani.jpg)
PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR
Kehadiran pengundi muda di saluran 4 dan 5 menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.
![PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694230600_PRKPulai.jpg)
PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi
Walaupun hujan pada sebelah pagi di kebanyakan Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, ia tidak menghalang pengundi untuk keluar memilih wakil rakyat mereka, hari ini.
![PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691803996_Pengundi.jpg)
PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik
Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.
![PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691811354_Pengundi.jpg)
PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi
Lebih 2.8 juta pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka di 997 pusat pengundian di seluruh negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri(PRN) kali ini.