GEORGE TOWN: Semua parti politik dinasihatkan untuk memohon permit bagi mengadakan ceramah dan kempen lebih awal pada pilihan raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri nanti.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan permit boleh dilakukan sebaik sahaja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan.
Jelasnya, permohonan lebih awal itu bagi memastikan tidak berlaku pertembungan di antara parti politik semasa mereka berceramah kelak.
"Permit perlu dipohon untuk perhimpunan dan ceramah awam dan pohon awal kalau boleh, walaupun kita melayan dalam masa 24 jam ,tetapi yang sebaiknya pohon lah (awal)," katanya.
Dalam pada itu, Razarudin berkata, seramai 40,000 anggota dan pegawai polis akan bertugas di enam buah negeri sepanjang PRN yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
Jelasnya, anggota dari Bukit Aman dan negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan membantu kontinjen yang terlibat dengan enam PRN tersebut.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang akan menerima bantuan seramai 663 anggota iaitu dari Bukit Aman serta anggota dari negeri yang tidak terlibat dengan PRN.
Razarudin berkata demikian kepada media selepas mendengar taklimat persiapan PRN polis kontinjen Pulau Pinang di IPK negeri, di George Town pada malam Isnin.
Turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin.
Sementara itu, Razarudin berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan taklimat persediaan PRN yang diberikan di peringkat kontinjen Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 03 2023
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan permit boleh dilakukan sebaik sahaja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan. - Astro AWANI
Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
JBPM Pulau Pinang terima panggilan pada 9.07 malam memaklumkan sebuah kereta dihempap sebatang pokok di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
PRK Mahkota: Polis lulus 13 permit ceramah, kempen bergerak
Polis luluskan 13 permit ceramah dan kempen bergerak yang dipohon parti politik bertanding bagi PRK Mahkota sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.
PRK Sungai Bakap: PDRM lulus 7 permit ceramah hari ketiga kempen
Tiada permohonan permit kempen ceramah yang ditolak oleh polis.
PRK Sungai Bakap: Polis lulus tiga permit ceramah
Kesemua permit itu diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim dan setakat ini tiada permohonan permit yang ditolak.
PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.
PRK Pelangai: Polis buka kertas siasatan
Polis telah membuka satu kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula Sabtu lepas.
PRK: Polis Johor lulus tujuh permit ceramah, kempen
Polis Johor telah meluluskan tujuh permit kempen serta ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
PRN: 16 kertas siasatan dibuka - Bukit Aman
Sebanyak 16 kertas siasatan dibuka antaranya melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri, yang kesemuanya direkodkan semalam.
PRN Selangor: 74 permit kempen, ceramah diluluskan
Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 74 permit seluruh negeri bagi mengadakan kempen serta ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.
PRN: Parti politik dinasihat mohon permit ceramah awal - Ketua Polis Negara
Semua parti politik dinasihatkan untuk memohon permit mengadakan ceramah dan kempen lebih awal bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) membabitkan enam negeri.
Polis keluarkan 360 permit ceramah PRU15 di Kelantan
Bagi tinjauan mesra dan program ziarah rumah ke rumah, calon hanya perlu membuat permohonan secara bertulis sekali sahaja.