Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata daripada jumlah itu, tujuh permit membabitkan ceramah dan baki enam lagi bagi kempen bergerak, manakala tiada sebarang permohonan permit ditolak setakat ini.
"Sebanyak 11 permit diluluskan untuk blok Perikatan Nasional (PN) melibatkan enam ceramah dan lima kempen bergerak, manakala bagi Barisan Nasional (BN) pula masing-masing satu ceramah serta kempen bergerak.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Selain hari mengundi pada 28 Sept, SPR juga menetapkan 24 Sept sebagai hari undi awal.
-- BERNAMA