SELAYANG: Datuk Seri Amirudin Shari yakin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, keyakinan beliau itu adalah pada skala 70 hingga 80 peratus.
Dalam masa sama, beliau juga menaruh harapan besar kepada pengundi Melayu yang akan turut menyumbang pada kejayaan mengekalkan kerajaan negeri pada PRN kali ini.
“70 hingga 80 peratus kita optimis untuk tubuhkan kerajaan negeri, diharapkan dengan peningkatan pengundi Melayu keluar, kita jangka dapat menangi 40 hingga 41 kerusi lebih dua pertiga,” jelasnya kepada wartawan selepas mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, di sini, pada Sabtu.
Kata Amirudin, beliau dan seluruh jentera telah bekerja keras sepanjang 14 hari berkempen dan kini mandat diserahkan kepada rakyat.
Dalam pada itu, Amirudin turut menyeru rakyat di Selangor agar keluar mengundi seawal yang mungkin bagi mengelak cuaca buruk pada sebelah petang.
“Saya nak seru rakyat Selangor di peringkat 15 minit awal sudah ramai kena ambil kesempatan undi beramai-ramai.
“Kita bimbang di sebelah petang cuaca mungkin tidak mengizinkan kerana hujan dan sebagainya.
“Jadi kena ambil kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab peluang kepada anda untuk memutuskan masa depan Selangor,” katanya lagi.
Terdahulu, Amirudin tiba bersama isteri menaiki motosikal kira-kira jam 8.24 pagi ke pusat pengundian itu bagi mengelakkan daripada tersangkut dalam kesesakan.
“Ye saya naik motosikal sebab trafik sesak kalau saya datang dengan kereta dan saya tak nak menyusahkan orang.
“Jadi saya ambil keputusan untuk naik motosikal, kalau selepas ini nak pergi pusat mengundi (DUN) Sungai Tua pun saya akan naik motosikal,” katanya lagi.
Pada PRN Selangor kali ini, Amirudin berdepan saingan tiga penjuru dari calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, Suman Gopal.
Lebih 3.74 juta pengundi Selangor akan menunaikan tanggungjawab di 6,000 saluran pengundian di 997 pusat pengundian yang dibuka jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Fareez Azman
Sat Aug 12 2023

Datuk Seri Amirudin Shari ditemani isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.