Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan kira-kira dua minggu akan datang.
Sehingga kini, kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sudah giat memperkemaskan jentera masing-masing untuk berdepan pilihan raya kecil pertama di negeri Jelapang Padi itu selepeas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pilihan raya kecil DUN Sg Limau merupakan yang pertama untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan juga untuk Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar.
Keduanya, Mukhriz dan Mahfuz mengakui pilihan raya kecil ini merupakan satu cabaran besar untuk mereka memandangkan ia bakal memberi makna tersendiri.
Bagi Mukhriz, jika calon BN yang diwakili oleh UMNO berjaya merampas kerusi DUN Sungai Limau, ia merupakan satu kejayaan besar memandangkan ia merupakan antara kubu kuat PAS di Kedah.
Sejak lima penggal lepas, kerusi tersebut dimenangi oleh PAS dengan calon yang amat digeruni kawan dan lawan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.
Mukhriz berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUN Sungai Limau berada di bawah BN.
"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi UMNO di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai ciri yang perlu ada pada calon BN untuk merampas kerusi itu, Mukhriz berkata antara faktor penting dalam pilihan raya sama ada kecil atau umum ialah apa yang calon dan BN telah lakukan selama ini.
Sementara bagi Mahfuz pula, cabaran yang beliau hadapi selain untuk mengekalkan kerusi DUN tersebut adalah kemenangan dalam pilihan raya kecil itu akan menentukan juga nasib PAS pada PRU14 nanti.
Ramai yang berpendapat, ini merupakan medan terbaik untuk PAS Kedah menilai kekuatan parti itu selepas kehilangan negeri yang mereka tadbir lima tahun sebelum ini.
Kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat yang diketuai PAS di Kedah dikatakan antara punca yang menyebabkan rakyat menolak mereka pada PRU13 yang lalu.
Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam PRU13 lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku.
"Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata.
"Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya.
Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13 Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre.
Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri.
"Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu, PRK itu sangat penting bagi kepimpinan baru PAS Kedah untuk menang.
Pentingnya pilihan raya kecil ini kepada PAS sudah jelas, malah keran pentingnya kepada PAS, ada yang menulis begini; "PRK Sungai Limau ialah maruah PAS Kedah dan juga maruah arwah Tan Sri Ustaz Azizan Razak."
Irwan Muhammad Zain
Sun Oct 06 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Isu MB: 'Mahfuz macam ahli politik biskut di Kedah' - Shaiful Hazizy
Mahfuz Omar diibarat ahli politik biskut di Kedah kerana kenyataannya yang mempertikai tugas serta kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Misi temukan ibu dan Sirul berjaya, kata Mahfuz
Bekas koporal polis, Sirul Azhar Umar, 44 kini disatukan kembali bersama ibunya Piah Samad, 72 hari ini di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney.

Phahrolrazi tiada dalam senarai calon MB Kedah?
PAS dikatakan meletakkan harapan kepada Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Hayati Osman untuk jadi Menteri Besar Kedah yang baru.