Semua 15 tempat mengundi yang disediakan untuk proses undi biasa bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup pukul 5 petang tadi.
Sehingga pukul 4 petang, 25,511 pengundi atau 67.04 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di semua pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi tadi.
Manakala peti undi awal yang diadakan pada 19 Mac lalu melibatkan 1,050 pengundi tiba di Pusat Pengiraan Undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 3.45 petang dan proses kiraan undi bagi pengundian awal akan bermula pada bila-bila masa.
Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Kajang berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berpuas hati dengan proses pengundian PRK Kajang yang berlangsung tanpa dicemari insiden tidak diingini.
"Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa ada kekecohan di beberapa pusat pengundian, namun perkara itu tidak benar.
"Saya menerima laporan dari pegawai saya bahawa perkara itu disebabkan oleh kesesakan berikutan jalan yang sempit dan kehadiran ramai peraih undi kedua-dua parti yang bertanding," katanya selepas meninjau proses pengundian di SK Seri Sekamat, tengah hari tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK Kajang akan mula diketahui seawal pukul 9 malam.
Pilihan raya kecil DUN Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62.
Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.
Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Astro Awani
Sun Mar 23 2014
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selamat dikebumikan
Jenazah maestro industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, semalam.
Dua anggota polis didakwa peras ugut seorang lelaki Myanmar
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar.
Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.