BENTONG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula hari ini dengan pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini akan dibuka pada 9 pagi nanti.
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Okt manakala 7 Okt sebagai hari pengundian.
Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 6 Okt depan.
Rabu lepas, Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam, 50, sebagai calon bertanding di kerusi DUN itu manakala Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong Kasim Samat, 62, bakal mewakili Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli, 36, dijangka turut bertanding pada PRK tersebut.
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Nazian Zainal Abidin, keadaan cuaca di Pelangai diramal cerah pada sebelah pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK DUN Pelangai termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - Gambar hiasan

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.
Inisiatif SMJ: Ekonomi biru bawa peluang besar untuk Sabah
Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dan memberi peluang kepada rakyat menyertai ekonomi biru.
Inisiatif SMJ: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Penduduk luar bandar yang berpindah ke bandar menghadapi masalah penempatan dan sewa yang tinggi, yang akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Penggal DUN ke-15 Perak belum capai tiga tahun, kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning perlu diisi
Katanya, PRK DUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Kemenangan BN di DUN Mahkota: Cara kempen berubah, ceramah sudah 'tak laku' - Penganalisis
Kemenangan dengan majoriti lebih 20,000 adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.

PRK Mahkota: Keputusan dijangka seawal 9 malam ini - SPR
SPR menjangkakan lebih 60 peratus peratusan keluar mengundi kali ini, berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.

PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.