Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, semalam disebabkan serangan jantung.
"Jadi kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti bermesyuarat, mereka akan putuskan bila dalam tempoh 60 hari ini (untuk PRK)," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Allahyarham Ishsam di Taman Desa Seri Ampang di sini hari ini.
Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Persidangan DUN ke-15 Perak diadakan pada 19 Dis 2022.
Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilaporkan akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada SPR seawalnya Selasa ini.
Sementara itu, Saarani berkata beliau kehilangan seorang rakan baik dan seorang wakil rakyat yang mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat.
Beliau berkata Ketua UMNO Bahagian Tapah itu aktif mengetengahkan masalah rakyat di kawasannya dan sering memajukan permohonan peruntukan untuk meningkatkan kemudahan rakyat.
"Jadi saya yakin dia seorang wakil rakyat yang memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
