Rapid Rail Sdn Bhd akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga hari kepada pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula 13 sehingga 15 Sept berikutan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada Rabu dan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abd Aziz berkata perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.
"Bagi pihak Rapid Rail, kami ingin mohon maaf di atas kesulitan ini. Jadi, ini (tambang percuma) adalah satu daripada cara kami menghargai kesetiaan pengguna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Azmi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu dan akan mengatasinya secepat mungkin bagi menjamin keselesaan pengguna.
"Gangguan pagi tadi adalah kesinambungan gangguan pada Rabu namun, puncanya berbeza,"jelas beliau.
LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan pada pagi Rabu dan kejadian sama berlaku pagi ini sehingga menyebabkan ramai pengguna kesal dan marah kerana terkandas semasa ke tempat kerja.
Mengulas insiden pengguna LRT perlu berjalan sejauh 60 meter di atas landasan LRT berhampiran stesen Datuk Keramat sehingga Stesen Damai, Azmi berkata tindakan itu perlu bagi menjamin keselamatan pengguna.
"Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Apabila tren hilang punca kuasa elektrik, akan berlaku masalah pengudaraan.
"Justeru itu, kita terpaksa menggunakan laluan di atas tren, yang merupakan laluan keselamatan yang direka bentuk sebagai persediaan bagi kejadian seperti ini," katanya.
Menurutnya empat pegawai ditugaskan untuk membantu mengeluarkan penumpang daripada tren ketika kejadian itu berlaku.
Azmi berkata Rapid Rail Sdn Bhd juga akan mengemukakan laporan gangguan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang dijangka esok.
Bernama
Fri Sep 09 2016

Gambar fail tren LRT. - fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Prasarana tawar perkhidmatan LRT percuma laluan Kelana Jaya selama 3 hari
Perkhidmatan percuma itu bagi perjalanan dari stesen Gombak-Putra Heights-Gombak meliputi 37 stesen.