IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) melalui anak syarikatnya Eurofresh Sdn Bhd akan meningkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan sebagai antara langkah menjamin kelestarian sekuriti makanan negara, terutamanya di Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata inisiatif itu sejajar dengan peranan dimainkan PPPNP selaku antara peneraju dalam bidang sekuriti makanan yang menjadi agenda utama bagi menjayakan pelan Perak Sejahtera 2030.
"Pada awal 2022 PPPNP telah membeli 2,500 ekor lembu daripada penternak tempatan untuk disembelih dan seterusnya dijual secara segar di beberapa lokasi pasar raya, hotel, pasar tani termasuk pasar mini.
"Usaha ini bagi mendukung aspirasi PPPNP dan kerajaan negeri dalam menambah sumber bekalan daging negara kerana kita masih berada pada tahap rendah selain terpaksa bergantung kepada bekalan daging import," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Saarani, fokus utama PPPNP adalah untuk memperkasakan penggunaan daging lembu segar tempatan dan pada masa sama meningkatkan pendapatan penternak tempatan itu sendiri.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Yahanis Yahya berkata PPPNP mengorak langkah melalui pemasaran daging lembu segar dengan menggunakan jenama 'Lenggong Beef' yang mempunyai nilai komersial bagi tujuan pasaran di seluruh negara.
"Secara dasarnya ia merupakan langkah awal PPPNP dalam membangunkan Hab Daging Halal Perak (HDHP) di kawasan Lekir dan Manjung dengan keluasan melebihi 100 ekar melibatkan keseluruhan ekosistem merangkumi industri huluan (penternakan), pertengahan (pemprosesan) dan hiliran (pemasaran).
"Pembangunan HDHP juga dijangka bermula pada suku ketiga 2023 dan apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan menjadi mercu tanda selaku lokasi utama hab daging halal utama di Perak khasnya dan negara khususnya," katanya.
Yahanis berkata projek berstatus berimpak tinggi itu merupakan antara projek utama dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
![PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670905943_SaaraniMohamad.jpg)
Fokus utama PPPNP adalah untuk memperkasakan penggunaan daging lembu segar tempatan dan pada masa sama meningkatkan pendapatan penternak tempatan itu sendiri. - Foto fail/BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701163837_TBZabawijpg.jpg)
Penyelidikan MARDI mampu kurangkan kebergantungan import bawang negara
MARDI sedang giat mengkomersialkan pengeluaran benih dan bahan tanaman utama bawang merah dalam usaha meluaskan tanaman tersebut di dalam negara.
![PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670905943_SaaraniMohamad.jpg)
PPPNP tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan
Projek berstatus berimpak tinggi itu merupakan antara projek utama dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
![Perak peruntuk RM2 juta bantu petani Perak peruntuk RM2 juta bantu petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644165055_MohdZolkaflyHarun.jpg)
Perak peruntuk RM2 juta bantu petani
Sejumlah RM1 juta disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang.
![Pertanian bandar di kaki gunung, tarikan pelancong di Perak Pertanian bandar di kaki gunung, tarikan pelancong di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616793907_pertanianbandar.jpg)
Pertanian bandar di kaki gunung, tarikan pelancong di Perak
Sebagai permulaan, kaki Gunung Matsoorat yang terletak berdekatan Kampung Kepayang dan Gunung Lang dijadikan sebagai projek perintis.
![Sungai Segari hak milik PPPNP buat ternakan udang sejak 2019 Sungai Segari hak milik PPPNP buat ternakan udang sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612113588_DatukSaaraniMohama.jpg)
Sungai Segari hak milik PPPNP buat ternakan udang sejak 2019
Ia telah melalui beberapa proses termasuk mendapatkan ulasan dari semua jabatan dan agensi, sehingga mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ketika itu.