KUALA PERLIS: Kedai gunting rambut terus menjadi tumpuan penduduk di Perlis sebaik negeri itu beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam, yang membolehkan sektor perdagangan dan pengedaran tertentu beroperasi termasuk kedai gunting rambut.
Pelanggan dilihat menyerbu kedai gunting rambut sejak semalam dan hari ini, serta sanggup beratur panjang menunggu giliran di luar kedai berkenaan sebaik dibuka pada 10 pagi.
Situasi itu nyata melegakan peniaga setelah mereka seumpama kehilangan 'nyawa' apabila terputus sumber pendapatan sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang tidak membenarkan kedai gunting beroperasi.
Seorang pekerja kedai gunting rambut, Muhamad Ilyas Ishak, 50, berkata beliau tidak menang tangan menguruskan lebih 20 pelanggan yang berbaris menunggu giliran sejak kedai mula dibuka semalam.
"Alhamdulillah, saya mampu menjana semula pendapatan setelah hilang mata pencarian kerana saya menumpukan sepenuhnya kepada kerja menggunting," katanya kepada Bernama di sini.
Seorang lagi pekerja gunting rambut, Norman Hussein, 45, berkata beliau telah menjangkakan ramai pelanggan akan datang ke kedainya bermula semalam kerana menyedari kesulitan orang ramai memotong rambut sendiri di rumah ekoran tiada kemahiran atau tidak mempunyai peralatan yang lengkap.
"Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada golongan remaja, lega sangat apabila perniagaan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi semula, bolehlah kami kembali mencari rezeki," kata bapa kepada empat orang anak itu.
Bukan sahaja melegakan peniaga, seorang bapa, Nadzri Fadzil, 40, turut menzahirkan perasaan gembira dengan pengoperasian kedai gunting rambut yang membolehkan anak perempuannya, Nurfazila, 15, yang kurang upaya kerana mempunyai masalah pertuturan, dapat berambut pendek semula.
"Dia (Nurfazila) memiliki rambut yang tebal dan cepat panjang, dia tidak pernah berambut panjang dan apabila rambut melepasi paras telinga dan leher, dia sering memberontak kerana berasa panas, rimas dan janggal.
"Dah lebih dua bulan tak potong rambut... Nurfazila juga tidak membenarkan saya memotong rambutnya di rumah kerana dia mahu ke kedai gunting rambut," kata bapa tunggal itu sambil menambah, Nurfazila sangat gembira dibawa membonceng motosikal untuk ke kedai gunting rambut.
Seorang lagi pelanggan, Zulkafli Mahamah, 73, berkata sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Mei lepas, rambutnya terpaksa dibiarkan panjang menyebabkan dia berasa rimas.
"Alhamdulillah, akhirnya dapat gunting rambut, cukur misai dan janggut, saya kembali selesa dan tidak lagi rimas," kata Zulkafli yang biasanya menggunting rambut dua minggu sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Orang ramai mengunjungi kedai gunting rambut selepas pengoperasian semula kedai gunting rambut selepas kerajaan mengumumkan Perlis antara lima negeri yang termasuk dalam Pelan Pemulihan Negera (PPN) Fasa 2. - Bernama
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000
SPRM Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000.
Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.