Ringkasan AI
- Kerajaan negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab.
- Menteri Besar Perlis menyatakan cuti ini sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025.
- Pengisytiharan cuti ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
"Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat Negeri Perlis yang diadakan pada malam ini, 31 Disember 2024," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berharap pengumuman cuti itu dapat menggalakkan lebih ramai penduduk menghadiri karnival tersebut yang dijangka meriah dengan pelbagai program menarik.
Menurut beliau, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
-- BERNAMA