KUALA LUMPUR:Program vaksinasi COVID-19 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan perjanjian laluan hijau timbal balik/Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia dijangka dapat membantu memudahkan pemulihan industri penerbangan negara pada bulan-bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh juga berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang akan menjadi antara yang pertama menerima vaksin sebaik sahaja program itu bermula.
"Sejak permulaan pandemik, kami sentiasa berjaga-jaga dalam memastikan standard keselamatan tertinggi di lapangan terbang agar orang ramai dapat melakukan perjalanan dengan selamast, oleh itu program vaksinasi kebangsaan sudah pastinya akan membantu usaha kami," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perjanjian RGL/TCA juga bermakna lebih banyak gelembung perjalanan boleh dilaksanakan dengan negara-negara lain dalam rantau Asia Tenggara.
"Hampir 50 peratus daripada trafik antarabangsa adalah daripada rantau Asia Tenggara semasa sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Menurut Malaysia Airports, pergerakan trafik penumpang pada Januari 2021 bagi operasi Malaysia susut kira-kira 30 peratus berbanding bulan sebelumnya, manakala angka itu meningkat lebih daripada 240 peratus apabila membandingkan Disember berbanding November 2020.
Data trafik udara bagi bulan lepas menunjukkan penutupan sempadan dan pelaksanaan semula sekatan perjalanan domestik menjejaskan pergerakan trafik udara yang telah menunjukkan petanda pemulihan awal selepas sekatan perjalanan dilonggarkan pada separuh kedua 2020.
Bagaimanapun, katanya, trafik penumpang antarabangsa meningkat sebanyak kira-kira 25 peratus daripada bulan sebelumnya, walaupun dengan penutupan sempadan dan langkah-langkah kuarantin yang ketat.
"Pergerakan trafik kumpulan sebahagian besarnya masih lagi disumbang oleh operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (Kod IATA: SAW).
"Meskipun pelaksanaan perintah berkurung dan penggantungan penerbangan dari United Kingdom, Afrika Selatan dan Denmark, SAW masih merekodkan pergerakan 1.3 juta penumpang atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah dua juta penumpang pada Januari 2021," kata syarikat itu.
Sementara itu, ia berkata, operasi kargo kekal kukuh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalu-alukan rakan penerbangan kargo terbaharunya dari Lithuania, Get Jet Airlines minggu lepas.
"Syarikat penerbangan carter persendirian itu memilih KLIA sebagai pangkalan utamanya bagi laluan Jakarta-Kuala Lumpur dan akan menimbang untuk menghubungkan ke lebih banyak destinasi dari Asia Tenggara ke Asia Tengah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Shukrie berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang akan menjadi antara yang pertama menerima vaksin sebaik sahaja program itu bermula. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Potensi gelembung perjalanan dengan negara Asia Tenggara selepas RGL/TCA Malaysia-Indonesia - MAHB
Shukrie berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang akan menjadi antara yang pertama menerima vaksin sebaik.