Pos Malaysia umum pengenalan caj cukai SST untuk beberapa perkhidmatan
Langkah ini sekali gus membawa kepada beberapa perubahan pada caj cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Pos Malaysia.
Amanz
Sun Mar 03 2024
Langkah ini sekali gus membawa kepada beberapa perubahan pada caj cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Pos Malaysia. -Gambar fail
SEPERTI semua sedia maklum, berkuat kuasa 1 Mac 2024, kerajaan telah mengumumkan pengenalan Cukai Perkhidmatan sebanyak 8% untuk sejumlah perkhidmatan, sementara perkhidmatan logistik pula ditetapkan pada kadar 6%.
Langkah ini sekali gus membawa kepada beberapa perubahan pada caj cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Pos Malaysia.
Berikut merupakan perkongsian berkenaan caj cukai SST untuk perkhidmatan logistik di bawah Pos Malaysia:
Semua produk mel kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
Penghantaran antarabangsa kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
Pos Laju (kurier) di bawah 30kg kekal pada 6% (tiada perubahan)
Pos Laju (kurier) melebihi 30kg meningkat daripada 0% kepada 6%
Bungkusan laut domestik: meningkat daripada 0% kepada 6%
Perkhidmatan untuk penghantaran motosikal: meningkat daripada 0% kepada 6%