PUTRAJAYA: Peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat di Malaysia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kadar cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik masih kekal pada kadar enam peratus.
Menurutnya, bagi perkhidmatan elektrik pula, cukai perkhidmatan hanya akan dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj.
Jelasnya, ia bermakna hampir 85 peratus pengguna elektrik berada di bawah ambang tersebut dan tidak terkesan dengan kenaikan cukai berkenaan.
Katanya lagi, cukai perkhidmatan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.
Menurut Amir Hamzah, kenaikan kadar cukai yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan.
“Bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.
“Meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkan ini dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan.
“Kerajaan perlu memperluas asas cukai demi memperkukuh asas fiskal negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan sepertimana digariskan di bawah kerangka Ekonomi MADANI,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, sistem percukaian yang ditambah baik dijangka meraih tambahan hasil yang dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada negara.
“Hasil tambahan ini dapat dimanfaatkan untuk menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat selain memperbanyak penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti kesihatan, sekolah dan jalan raya,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Wed Feb 28 2024

Peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat di Malaysia.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.

Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.

Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.