KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperoleh tambahan hasil berjumlah RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam kepada lapan peratus, kata Kementerian Kewangan.
Kementerian tersebut berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini, bagi menjawab soalan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pertambahan pendapatan negara daripada kenaikan kadar cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Mac, 2024 itu.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memaklumkan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2024 diunjur meningkat kepada RM312.159 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan oleh kutipan hasil cukai yang lebih tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada hasil Kerajaan Persekutuan iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil, bersamaan dengan 12.57 peratus daripada kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Selain itu, jumlah tersebut turut meliputi hasil bukan cukai mewakili 20.5 peratus iaitu bersamaan dengan 3.24 peratus daripada KDNK.
"Kerajaan menggubal Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 untuk mengukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal negara, meningkatkan langkah mobilisasi hasil, meluaskan asas hasil cukai, menambah baik dan menyemak semula struktur dan perundangan cukai, serta pemberian insentif percukaian.
"Langkah ini akan direalisasikan melalui pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana bagi memastikan perancangan cukai jangka sederhana adalah lebih teratur dan sepadan dengan perbelanjaan," katanya.
Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai strategi yang diambil kerajaan bagi memastikan berlaku peningkatan kadar kutipan hasil cukai kerajaan melebihi kadar 12 peratus daripada KDNK agar lebih banyak program pemulihan ekonomi dapat dirancakkan. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Kerajaan dijangka memperoleh tambahan hasil berjumlah RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam kepada lapan peratus, kata Kementerian Kewangan. - Gambar hiasan AFP

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Kerajaan anggar jana hasil tambahan RM3.45 bilion daripada cukai perkhidmatan
Kerajaan dijangka peroleh tambahan hasil RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam kepada lapan peratus.

Hasil kerajaan Persekutuan meningkat 25.9 peratus kepada RM294.36 bilion pada 2022 - LKAN
Hasil kerajaan persekutuan meningkat sebanyak 25.9 peratus atau RM60.61 bilion kepada RM294.36 bilion pada 2022 berbanding RM233.75 bilion yang dicatatkan pada 2021.

MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.

Pengenalan semula program cukai pengakuan sukarela akan bantu tambah hasil kerajaan
Pengenalan semula program itu diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar
Pada 2021, hasil kerajaan adalah sekitar RM221 bilion dan menjelang 2022, ia naik kepada RM234 bilion.

Kerajaan Persekutuan catat hasil RM225.07 bilion pada 2020 - LKAN
Kerajaan Persekutuan mencatatkan hasil sebanyak RM225.075 bilion dan terimaan balik pinjaman serta pelbagai terimaan berjumlah RM1.26 bilion pada 2020.

PKPS: Apa anda perlu tahu untuk elak penalti cukai hingga 300 peratus
Ini lima perkara yang patut anda tahu sekiranya ingin mengelakkan diri daripada membayar penalti antara 80 hingga 300 peratus.

Cukai soda: Hasil negara bertambah, industri minuman ringan rugi - pakar ekonomi
Dr Mohd Yusof Saari berkata pelaksanaan cukai itu menyaksikan hasil kerajaan bertambah dianggarkan sebanyak RM156 juta tetapi industri minuman akan merekodkan kerugian sebanyak RM546 juta.

Petronas kurang pengeluaran beri kesan minimum kepada hasil kerajaan
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abd Ghani berkata rancangan Petronas untuk kurangkan pengeluarannya pada Januari 2017 tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil kerajaan.