KUALA PILAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama Malaysia kini semakin baik serta dikenali di pentas dunia berikutan tatakelola dan mempunyai dasar serta kestabilan politik yang kukuh sekali gus menarik pelaburan luar.
Anwar berkata perkara itu antara lain dibuktikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk mahu berbincang dengan beliau sendiri bagi menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini.
Beliau berkata, ini merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan oleh negara selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan.
"Politik stabil untuk apa, saya tegaskan untuk bangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dulu pelabur tak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia, sekarang minggu lepas sahaja Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, dah 49 tahun beliau tak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan, di sini, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, yang dijadual mengadakan lawatan negara Khamis ini bagi membincangkan peluang pelaburan, turut menzahirkan azam baginda untuk meningkatkan lagi hubungan Brunei dan Malaysia ke tahap paling baik dalam sejarah.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengecam tindakan individu tertentu menggunakan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang disunting bagi tujuan politik dan berkata beliau tidak akan bersimpati dengan mana-mana pihak yang tidak menghormati institusi diraja.
"Kita ada Perlembagaan (yang) kita patuh, jangan buat pasal... saya tidak simpati pada orang yang cuba mengingkari kuasa raja-raja," katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan gaji dan pencen penjawat awam minggu depan.
"Tetapi menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, ia akan ambil masa mungkin enam bulan paling minimum, lambat sikit jadi sementara itu, bagilah (sedikit imbuhan) kepada mereka, sebab itu saya luluskan sementara RM300 untuk penjawat awam yang gaji kurang daripada RM100,000 setahun, campur RM100 pemberian e-dompet, jadi RM400.
"Yang pencen dapat RM200 campur RM100, jadi RM300 termasuk veteran tentera yang tidak berpencen pun kita bagi RM200... tapi ini hanyalah langkah sementara kita buat dalam keadaan kekangan wang yang ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Anwar bersama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang bertanding di DUN di bawah Parlimen Kuala Pilah pada Jelajah Perpaduan PMX @Pilah malam tadi. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).