IPOH:Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak semalam.
Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata, dalam sembah maklumnya, Ahmad Faizal mengakui kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak telah terjejas secara langsung.
Ia berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara XII dan perenggan (a) Fasal (2) perkara XVI (6), Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
“Duli Yang Maha Mulia menzahirkan titah terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal yang telah melaksanakan tugas Menteri Besar sejak 12 Mei 2018, setelah mendapat perkenan Baginda dua kali mengangkat sumpah jawatan, kali pertama pada 12 Mei 2018, dan kali kedua pada 13 Mac 2020.
“Baginda turut menzahirkan titah terima kasih kepada semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan atas perkhidmatan yang telah diberikan dalam tempoh perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Sultan Nazrin menerima menghadap Ahmad Faizal yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Chenderiang, pada jam 3 petang di Istana Kinta di sini.
Ia susulan Menteri Besar Perak ke-13 itu kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya semasa berlangsungnya Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri yang bersidang 4 Disember lalu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: 'Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
Harits Asyraf Hasnan
Sun Dec 06 2020
![Politik Perak: Sultan Nazrin perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal Politik Perak: Sultan Nazrin perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607213176_TBFAIZALAZUMU.jpg)
Pada Sabtu, Ahmad Faizal menyembah maklum kepada Sultan Nazrin Shah kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah terjejas secara langsung. --fotoBERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721053759_TBDarjahKerabatDir.jpg)
Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara, hari ini (15 Julai).
![Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720245340_tbSultanPerak.jpg)
Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad
Sultan Nazrin melancarkan buku -Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration- hari ini.
![Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719471765_SultanNazrinMizzudd.jpg)
Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini.
![Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719303474_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar hari ini.
![Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024 Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717834501_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak 2024 hari ini.
![Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684986580_SultanNazrin.jpg)
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
![Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712719639_SultanNazrin.jpg)
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
![Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708659516_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
![Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711575573_SultanPerakSultan.jpg)
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
![Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709961222_tbLenggongGeopark.jpg)
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.