SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di Taman Semanja, Kajang semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam operasi khas oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu, seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.
Katanya polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk aktiviti jenayah itu termasuk lapan unit komputer riba, 43 telefon bimbit, dua unit 'router' Internet dan sebuah buku nota.
"Siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi di premis tersebut lebih kurang dua bulan dan jumlah kerugian mangsa sindiket ini masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya ahli sindiket yang ditangkap adalah pekerja di pusat panggilan tersebut yang menggunakan media sosial dan rangkaian Internet bagi mencari mangsa dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan pendingin hawa, mesin basuh, kusyen kereta dan pembantu rumah yang tidak wujud menerusi Facebook.
"Mangsa yang berminat dengan perkhidmatan ditawarkan akan diminta untuk memuat turun Android Package Kit (APK) daripada pautan http://getsservice3vmi8z62.top/untuk tujuan tempahan perkhidmatan dengan membayar wang deposit," katanya.
Hussein berkata apabila mangsa mengisi butiran peribadi serta maklumat perbankan untuk tujuan membuat bayaran deposit melalui pautan tersebut, mangsa sebenarnya telah mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak sindiket yang menggunakan kaedah 'phishing'.
"Setelah mendapat maklumat peribadi dan perbankan mangsa, pihak sindiket akan memindahkan wang daripada akaun bank mangsa ke akaun bank yang dikawal oleh sindiket tanpa disedari oleh mangsa.
"Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila mendapati baki wang di dalam akaun bank mereka berkurang," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam memuat naik apa-apa pautan yang diperoleh daripada iklan di media sosial atau pihak tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan. - Gambar fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
Guru rugi lebih RM527,000 terperdaya sindiket penipuan
Mangsa terima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai 'pegawai MCMC' dan memaklumkan terdapat aduan mengenai nombor telefon mangsa.
Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.
Wanita rugi lebih RM350,000, diperdaya 'polis', 'pegawai SKMM'
Seorang wanita warga tempatan kerugian RM350,100 selepas diperdaya sindiket yang mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti menyebarkan pelaburan haram.
Aplikasi Telegram antara yang kerap digunakan sindiket penipuan pelaburan
1,346 kes babitkan kerugian RM29.96 juta direkod menerusi aplikasi Telegram untuk tujuan penipuan pelaburan dalam tempoh 8 bulan tahun ini.
Pegawai, tiga anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan
Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 daripada dua ahli perniagaan.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000
Kedua-dua lelaki itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis
Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai.