JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan kumpulan samun 'Geng Hitam Putih' dipercayai bergiat aktif di sekitar negeri ini berikutan penahanan empat lelaki tempatan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata, kesemua individu berusia lingkungan 30 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Iskandar Puteri kira-kira 1.30 petang, susulan aduan dibuat seorang mangsa yang disamun dan dilarikan kereta di kediamannya.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang Rabu itu, mangsa yang juga seorang guru wanita berusia 38 tahun bersama tiga anaknya sedang berada di dalam rumah sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal meluru masuk ke rumah sebelum mengacukan pisau kepada mangsa.
"Dua lelaki terbabit kemudiannya mengambil telefon dan melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi milik mangsa yang tinggal di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah berkenaan dan turut merampas kereta serta dua telefon milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan yang dilakukan di sekitar negeri ini dengan tujuh daripadanya di Iskandar Puteri.
"Selain itu, hasil saringan air kencing mendapati kesemua lelaki tersebut positif dadah dengan dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah," katanya.
Katanya, kesemua lelaki berkenaan masih direman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
![Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660379418_LogoPDRM.jpg)
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan yang dilakukan di sekitar Johor.
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721260802_tbmemboncengpocong.jpg)
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
![Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
![Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717664927_TBGobindSingh.jpg)
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Malaysia hasrat tingkat ekonomi menerusi BRICS
Malaysia berharap dapat meningkatkan peluang kerjasama ekonomi melalui platform BRICS sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu embelajaran digital untuk kecerdasan buatan, AI, bantuan untuk usahawan bumiputera Sarawak dan kemudahan pelupusan sisa pepejal antara yang akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Bangladesh tutup semua universiti kerana protes antikuota
Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak, minggu ini.
![UK akan haramkan pedang ninja, tindakan tegas kerajaan terhadap pemilikan senjata UK akan haramkan pedang ninja, tindakan tegas kerajaan terhadap pemilikan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721253375_Ninjato.jpg)
UK akan haramkan pedang ninja, tindakan tegas kerajaan terhadap pemilikan senjata
Pedang ninja akan diharamkan di bawah rancangan Kerajaan United Kingdom (UK) yang disampaikan dalam Titah Diraja.
![Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660379418_LogoPDRM.jpg)
Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan.