SUNGAI BULOH: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes buli jalanan yang tular melalui satu rakaman video pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, video berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.
"Individu berkenaan mendakwa suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih telah melakukan buli jalanan dan melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Shafa'aton berkata, kejadian berlaku di Jalan Kuala Selangor berhampiran MRT Sungai Buloh, Shah Alam pada jam 11 malam Sabtu.
"Kes di siasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana mana balai polis berhampiran," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Apr 19 2022
Rakaman video berkaitan kes buli jalanan yang tular di media sosial. Gambar kecil: Shafa'aton Abu Bakar. - Foto Sinar Harian
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Buli jalanan: Polis minta pemandu, pemilik akaun Facebook tampil
Siasatan awal terhadap video berdurasi sembilan saat itu mendapati, kejadian berlaku pada Jumaat antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Polis terima laporan kes buli jalan raya
Individu berkenaan mendakwa suspek telah melakukan buli jalanan dan melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa.