KUALA LUMPUR: Polis menerima 21 laporan berhubung jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar bogel serta video lucah di sekitar Petaling Jaya, Selangor sejak Januari hingga kini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, daripada jumlah itu dua kes telah dituduh di mahkamah manakala 19 kes lagi masih dalam siasatan.
Katanya majoriti mangsa merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sebanyak 12 mangsa terlibat telah membuat pembayaran kepada suspek sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM33,788.88.
"Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di media sosial selain suspek terdiri daripada individu dikenali mangsa seperti bekas suami atau teman lelaki.
"Modus operandi sindiket memperdayakan mangsa tidak kira lelaki atau wanita untuk berkongsi gambar bogel atau video lucah di laman media sosial dan aplikasi termasuk WeChat, Facebook, WhatsApp, Michat dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, sindiket kemudian akan merekodkan gambar dan video berkenaan sebelum memeras ugut mangsa dengan meminta wang sekiranya tidak mahu ia disebarkan di media sosial atau kepada ahli keluarga mahupun rakan mangsa.
"Polis ingin menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat dengan pelbagai cara dibuat suspek melalui aplikasi-aplikasi berkenaan.
"Masyarakat perlu bijak menggunakan media sosial dan diingatkan sebarang aksi langsung di media sosial akan mudah dirakam oleh pihak kedua," ujarnya.
Justeru itu, masyarakat digesa tidak mudah mempercayai orang yang baru dikenali melalui media sosial kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.
Afiezy Azaman
Wed May 19 2021

Sebanyak 12 mangsa terlibat telah membuat pembayaran kepada suspek sehingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit. - Gambar fail

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Dua lelaki pandu lawan arus ditahan, temukan dadah dan senjata dalam kereta
Dalam kejadian semalam, anggota MPV IPD Petaling Jaya mengejar Proton Satria yang melanggar kereta MPV polis dan motosikal orang awam.

Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.

Bekas jururawat hilang, kali terakhir dilihat pertengahan Februari
Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat pada 16 Februari lalu.

Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri
Pada 28 Mei, adiknya dapat berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab.

Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'
Kira-kira 50 petugas media 'berkampung' di sekitar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak awal pagi, menantikan perkembangan kes Zayn Rayyan.

Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.

Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Polis cari pemandu Ford Ranger parkir kereta tepi jalan halang laluan
Pemandu terbabit didapati dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan walaupun seorang pengguna jalan raya membunyikan hon.