GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua beradik dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM200,000 selepas membongkar kegiatan sebuah makmal memproses heroin dalam dua serbuan, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menjalankan operasi terancang dengan menyerbu dua rumah berkenaan serentak pada pukul 4.30 petang.
"Operasi terancang itu adalah hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak tiga bulan lepas.
"Dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, polis berjaya menahan seorang ahli perniagaan dan membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya dalam serbuan kedua di Taman Sejahtera, Bukit Mertajam pula polis menahan dua beradik, masing-masing bekerja sebagai pengusaha bengkel lori dan pemandu lori, di rumah keluarga mereka.
"Susulan dua serbuan itu polis merampas 30 bungkusan heroin seberat 13.5 kilogram (kg), 230 batang rokok mengandungi 0.244 kg dadah jenis mushroom dan kafein (4.23 kg) yang kesemuanya bernilai RM200,000," katanya.
Khaw berkata polis turut merampas pelbagai peralatan dan perkakasan memproses dadah serta bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses heroin.
Katanya berdasarkan siasatan sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memprosesnya di rumah sewa di Simpang Ampat, sebelum menjualnya semula untuk pasaran tempatan.
"Sindiket itu menyewa rumah teres dua tingkat berkenaan sejak dua bulan lepas dengan kadar sewa RM1,500 sebulan, dan mereka dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah dengan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dari semasa ke semasa bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata hasil risikan mendapati sindiket itu menjalankankan kegiatan memproses dan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas dan semua dadah dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh 67,730 penagih dadah.
Khaw berkata susulan penahanan tiga lelaki tempatan itu, polis menyita enam kereta pelbagai jenama antaranya Toyota Alphard, BMW, Mistsubhi Triton, dan Honda yang kesemuanya bernilai RM665,000 serta barangan kemas bernilai kira-kira RM25,680.
"Dua daripada mereka mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah. Ketiga-tiga mereka direman sehingga 21 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, polis berjaya menahan seorang ahli perniagaan dan membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah. -Gambar fail/PDRM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.