KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas, sehingga menyebabkan pemandu lori itu mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan belakang badan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis menerima laporan berhubung serangan itu pada pukul 4.15 petang hari yang sama daripada isteri pemandu lori berkenaan.
"Pemandu lori itu terpaksa mendapat rawatan di Hospital Ampang setelah mengalami kecederaan di pergelangan tangan, dan dua kesan tetakan kelihatan di belakang badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata polis telah menahan suspek berusia 28 tahun semasa berada di dalam keretanya berhampiran Taman Setapak Jaya, pada 12.30 tengah malam, Rabu lepas, dan merampas sebilah parang berhulu hitam yang dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa.
Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah lampau dan ujian awal saringan air kencing positif dadah jenis syabu, amphetamine dan tetrahydrocannabinol.
Mohd Azam berkata suspek yang bekerja sebagai pengutip sampah itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
![Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650550491_parang.jpg)
Mohd Azam berkata polis menerima laporan berhubung serangan itu pada pukul 4.15 petang hari yang sama daripada isteri pemandu lori berkenaan. - Gambar hiasan/Sinar Harian
![Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720015820_TBFaisalHalim.jpg)
Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
![Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720019199_DutaBesarSweeden.jpg)
Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.
![Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026 Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673607663_ShahrirSamadTommy.jpg)
Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.
![Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718839079_RONminyak.jpg)
Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai
Perancangan untuk penyasaran semula subsidi petrol wajar dijalankan secara berperingkat supaya ia tidak mencetuskan kejutan seperti yang berlaku pada diesel.
AWANI Ringkas: Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [03/07/2024] - Penjelasan penjualan MAHB | Mahkamah tolak permohonan Najib | Aliff Aziz, Ruhainies didakwa | Debaran EURO 2024 semakin hampir
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu bakar;
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720010562_AmirudinShari.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000
Jumlah keseluruhan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang bermula 26 Jun 2024 sehingga 2 Julai ditutup dengan sumbangan berjumlah RM76,490.06.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Pemandu maut dalam kemalangan tiga lori Pemandu maut dalam kemalangan tiga lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719408213_tbKemalanganmaut.jpg)
Pemandu maut dalam kemalangan tiga lori
Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan tiga lori di Kilometer (KM) 186.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.
![Bekas pemandu lori didakwa miliki diesel tanpa lesen sah Bekas pemandu lori didakwa miliki diesel tanpa lesen sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719380218_tbdieseltanpalese.jpg)
Bekas pemandu lori didakwa miliki diesel tanpa lesen sah
Bekas pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki barangan kawalan berjadual iaitu 3,503 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lalu.
![Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718348542_TBMahkamahMajistret.jpg)
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
![Pemandu maut tersepit ketika periksa lori Pemandu maut tersepit ketika periksa lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717855537_TBHEMPAPLORI.jpg)
Pemandu maut tersepit ketika periksa lori
Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian bawah lorinya semasa memeriksa kenderaan itu di Kampung Taginabur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran hari ini.
![Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713331388_TBpdrm.jpg)
Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal
Ketika kejadian, mangsa sedang berkonvoi bersama 20 motosikal dari Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Johor.
![Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715083045_bungaapi.jpg)
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
![Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713331388_TBpdrm.jpg)
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
![Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714811401_TBtembakan.jpg)
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
![Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713154518_pemandulori.jpg)
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
![Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683904928_HooChangHook.jpg)
Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis
Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.